feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Kunjungan Delegasi Pakistan ke IPIK

Labels: , , ,

Salah satu aktiviti delegasi dari Pakistan ini adalah melawat bilik masakan (kemahiran hidup) yang terletak di bangunan Jabatan Pendidikan Khas. Kelas K 1.20 (kelas jai la) ditugaskan membuat kuih raya iaitu kuih tat nenas dan biskut coklat chip. Sedap sangat!!! Tengok tangan la! :) (sebenarnya ikut resepi... tu yang jadi sedap tu).


Wah!!! nampak menyelerakan kan? Tu tak masak lagi tu.. Kalo dah masak? tak sempat nak amik gambar pun dah habis kena serbu!! hahahhaha..

Ni lah salah satu penyeri kelas K 1.20. Sesiapa nak dia jadi model iklan apron memasak sila hubungi kami ya!

Bahan-bahan sudah disediakan

Puteri Lip Stick K 1.20 tengah goreng badam ni.. sebab tu la biskut coklat kami sedap sangat!!! (melawak jer Ju.. jangan marah haa...) Hah Balan.. nak cari calon isteri.. cari yang pandai memasak macam Ju tau!

Ni jejaka-jejaka model apron tengah berbincang siapa nak masuk pertandingan Raja Apron!


Hmm.. Sempat lagi tu nak ber klik klik!! Ni jiran Jai kat dalam bilik memasak.


Klik klik lagi? Nampak macam bersantai.. sebenarnya sibuk sangat! Puan Nik yang suruh kami berehat jap sebab semua orang dah lenguh-lenguh kaki dah. Ada yang bergolek kat lantai tu, tapi x masuk dalam gambar ni.

Yang ditunggu-tunggu telah pun tiba! Ramai pensyarah yang eskot (dapat bawak balik biskut seketul dua). Ramai yang minta resepi, sebab biskut sedap sangat!! :)

Cuba tengok ekspresi muka pelawat yang sebelah kiri tu. Dia kata "bohut bohut aca hain"


Big bos IPIK pun join da group gak. Puan Nik pun tak lupa, minta tambah oven lagi... baru boleh bakar biskut selalu..



*** ada satu kejadian .. salah seorang pelawat tu telah cuba makan tat nenas yang belum masak. Apa yang terjadi lepas tu??? hehehehehehe.. korang pun boleh agak kan! :)

0 comments:

Post a Comment