feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

GURINDAM : “ MELAYAR BAHTERA RUMAH TANGGA”

Labels:



Mempelai melangkah ke alam baru,

Menjana hidup yang masih celaru.


Memegang amanah memikul tanggungjawab,

Kelak akhirat tidak disoal jawab.


Membina keluarga matlamat utama,

Perlu diiring semangat kerjasama.


Rumah tangga bahagia sukar dibina,

Andai cinta tidak dijana.


Sayang isteri mahkota firdausi,

Penyeri rumah tangga penghias ilusi.


Sayang suami dibelai dijaga,

Kasih dibawa ke pintu syurga.


Keluarga sendiri harus dihormati,

Barulah kasih dibawa ke mati.


Keluarga mertua juga dihormati,

Agar rumah tangga mekar mewangi.


Kasih suami isteri biarlah berpanjangan,

Teguhkan ikatan bercerai jangan.


Rumah tangga dihias penyeri cahaya mata,

Zuriat penyambung generasi bukan hanya harta.


Anak ditatang bagai minyak yang penuh,

Berperanan mendidik membesar sungguhpun jenuh.


Pertiwi dibentuk kasih sayang dipupuk,

Cinta bersemi tak mungkin kan lapok.


Keluarga harmoni membentuk generasi terbilang,

Agar negara membangun menjadi negara gemilang.



Tinta pena: Intan Namila (Kak Zu)

** gambar hak cipta terpelihara saudara Saiful Nang.

1 comments:
gravatar
ctzulaiha said...
August 17, 2009 at 8:13 PM  

bestnyer melayar bahtera rumah tangga... you bile lagi?

Post a Comment