feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Bina Peribadi Waktu Makan

Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibubapa menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untukmembetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu makan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup.Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktumakan:
1. Tunggu orang yang paling tua
"Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau tidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan begitu selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat kepada yang lebih tua walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok waktu makan."
2. Baca bismalah dan guna tangan kanan
"Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan ke mulut atau memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk kemulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan kanan. Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh syariat. Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah."
3. Ambil lauk terdekat dulu
"Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa? Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa,itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik. Ia mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja."Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain. Kalau dia tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak.Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang lain. Kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita.Malah untuk latih anak cinta pada saudaranya yang lain, itulah waktunya."
4. Kawal suapan
"Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan. Sesudah ditelan,baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk apa? Melatih jangan tamak dan bersifat qanaah ? mencukupi apa yang ada. Atau lebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan."Ustaz Sobri berkata, "Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia akan menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan adalah perkara yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia mempengaruhi roh."

HADIAH MALAM JUMAAT

HADIAH MALAM JUMAAT
Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke Masjid Jamik untuk mengerjakan solat subuh.Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan.
Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi.

Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing.Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka.Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain.

Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan sapu tangan.Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan, Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.
Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.Tapi sebelum dia masuk, Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya."Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa ?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?"
tanya pemuda itu."Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu?" tanya Al Mazy lagi.Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa.Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat.Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda.Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.

Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya.Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut.

Setelah mencari kesana kemari beliau pun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya.

Ibunya menangis mendengar keterangan Al Maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah.

Kemudian ia berkata :"Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku.Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya."Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerana tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini."Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut.Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu.

Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku.

Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untuknya selama aku masih hidup."

Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpundari seribu dirham itu yang tinggal.Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.Pada suatu malam Jumaat di selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah.Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira.Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata : "Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. ""Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi."Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy."Ya, Tahu." "Apa tandanya?""Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat."

Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas)."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)"

Berdebar dan Teruja!

Labels:

Entry post ni Jai dah lama buat... dah ada lama di blog sendiri, semenjak minggu pertama praktikum lagi. Hmmm.. sesungguhnya tak cukup tidur sepanjang tempoh praktikum ni... mana taknya.. akibat suka buat kerja lambat. Nak buat awal2 tak dak idea.. nak pikir itu lah ini lah.. bila malam dah larut baru ada idea (habit dari zaman skolah lagi).

Rasanya benda yang Jai nak kongsi ni pun lebih kurang sama gak ngan apa yang kengkawan semua alami.. ini je saja ja nak berkongsi ngan rakan2 sekelas. Sebenarnya tadi masa balik dari skolah drop Cik Mun kat Sri Mas, jumpa ngan Poon.. sembang skit sebanyak... Poon ada tanya pasal blog.. baru jai tersedar yang blog kita ni dah lama tak update benda baru.. Najib pun cam sibuk.. semua orang pun.

Ni gambar murid kelas 1.

Ni gambar murid Jai, kelas 7. Jai ajar Kemahiran Hidup.





Hmm.. berdebar dan teruja berlaku dalam masa yang sama pabila menjejakkan kakiku di Sek. Keb. Bukit Raya. Langkah ini, yang tersusun segera ke pejabat sekolah. Sebagai guru pelatih yang bakal menjalani praktikum selama 3 bulan, saya dan rakan, Siti Mun segera melaporkan diri dengan guru besar.

Serba sedikit taklimat dan pesanan azimat diberikan oleh puan guru besar kepada kami berempat (saya, Siti Mun dan 2 guru pelatih pemulihan, Hanif dan Taufik)

Hari pertama memang penuh dengan kejutan. Kelas-kelas pendidikan mempunyai blok sendiri, satu tingkat sahaja dan hanya sesuai dibuat 2 atau 3 kelas jika untuk kelas pelajar aliran perdana, tetapi, blok pendidikan khas ini mempunyai 7 kelas. Dengan keadaan agak sempit ini, setiap kelas dihuni lebih kurang 9 orang pelajar. Kelas juga tiada ruang untuk aktiviti.

Sedikit maklumat sekolah:
- +/- 600 pelajar
- 89 pelajar pendidikan khas
- 19 orang guru pendidikan khas
- 5 PPM (Pembantu Pengurusan Murid), PPM ini hanya untuk PKBP sahaja (Pendidikan Khas - Bermasalah Pembelajaran)


Kaki pun melangkah turun dari pejabat dan terus ke blok PKBP. Hmm,... rasa sangat teruja. PK Khas, En. Ramlan memberi taklimat sedikit sebanyak dan memberi kebebasan kepada kami untuk berada di mana-mana kelas. Beliau mengesyorkan kami cuba di kelas PK6. Kesemua dalam kelas ini adalah ADHD.. jenis hiperaktif... Memang terkejut.. sebab bagaikan atom tak stabil.. tak leh duk diam diaorang ni.. tapi ada satu yang jai kagum.. pelajar ini bernama Hanim. Keluarga pure melayu.. bahasa yang diguna dalam keluarga pun bahasa melayu.. tapi yang pelik bin ajaibnya, Hanim ni pandai cakap bahasa Inggeris! Memang, semua guru-guru berkomunikasi ngan Hanim ni dengan bahasa Inggeris lah. Bila diselidik, baru tau... rupa2nya dia pandai sebab banyak tengok kartun kat TV.

Hmm... bila difikirkan bagus juga kartun ni.. kita patutnya ambil kesempatan keatas minat kanak-kanak ni dan gunakan kartun sebagai medium menyampaikan P&P.

Hari ke dua.

Jai dan Siti Mun melawat kelas atas. PK1, 2 dan 3. Jumpa Aiman... Karaktor Aiman dan gigi depannya (cute sgt).. sama macam cousin Jai, Mustaqim. Kelas PK 1,2 dan 3 ni kira boleh la ditumpukan lebih akademik. Kelas lain pula ditumpukan lebih kepada terapi dan pengurusan diri.

Rasa terharu mengusik hati melihat wajah-wajah ibu bapa pelajar khas ini... Jai dapat lihat.. wajah yang penuh kasih sayang... yang penuh harapan.. harapan yang lebih daripada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang normal.

Mengajar dan mendidik anak-anak syurga ini bukanlah mudah. yang kadang2 dipandang rendah dan remeh oleh sesetengah pihak. Sedangkan di hati Jai.. terasa takut yang amat.. takut tak tertunai tanggungjawab yang dah dipikul di bahu. Biarlah rezeki yang Jai dapat adalah halal. Jai akan cuba sebaik mungkin.. mencari jalan terbaik mengajar mereka.. kerana, setiap mereka pendekatan yang diguna adalah berlainan.

Kanak-kanak khas ni ikhlas, jujur dan sangat tulus dalam kehidupan mereka. Berada disamping mereka, kita boleh mempelajari banyak perkara mengenai kehidupan dan Penciptanya.


Hari ke 3.

Kelam kabut skit pagi tadi sebab motor buat hal dekat leasure mall.. pulun tolak motor, park kat maybank. cari teksi.. mula2 teksi x nak layan, tapi bila bagitau Jai dan Siti Mun ni cekgu, dia ok. sampai skolah dalam pukul 735 am. kenala dalam RM 5.70. dia x amik lebih walaupun lalu tol td.

Hari ni Jai membuat pemerhatian di kelas cikgu Rahim kat kelas 9. belajar tentang "bola"

Jadi guru ganti kat kelas 3. masa agama, jai buat Iqra' skit.

Balik lewat sbb ada koko. kami buat pengakap,permainan dalam dan main petong (patounge, ntah eja btul ker tak)

Thanks to chegu Faiz n Razali sbb sudi hantarkan kami ke moto yang tersadai sejak pagi tadi.. Sesudah repair moto, terus balik umah..

Ahhhh.. beratnya mata ini....



*** gambar dan apa yang diceritakan disini bukan untuk menjatuhkan air muka sesiapa, bukan untuk memalukan keluarga pelajar2 ini, tapi sekadar berkongsi perjalanan Jai sebagai seorang guru pendidikan khas. Supaya masyarakat menerima anak-anak syurga ini sebagai sebahagian dari komuniti.. bukannya memandang mereka seolah-olah mereka ini alien.

PERUTUSAN DARIPADA KERAJAAN PASAI!!

Perhatian kepada sekalian rakyat PASAI yang berstatus (KPLI) sekalian. Dato' Memanda Zulkifli Wagini mengisytiharkan bahawa anda sekalian berhak menyemak status POSTING sesi Januari 2009 mulai esok ( Selasa 4 Rejab 1429 Hijrah) Barang sesiapa yang berhajat untuk mengubah tempat pilihan posting boleh berbuat demikan di pejabat HEP. Oleh itu, anda sekalian diminta menghebahkan perutusan ini kepada jiran tetangga, sudara-mara di seluruh ceruk kampung masing-masing. kerjasama kalian diharap dapat membantu melicinkan urusan kerajaan. sekian, Hang Setia..

k20 yang gamat

Labels:


salam sayang buat seme...


cuba tengok sapa yang hensem kat tengah tu?

kenangan terindah

Labels:

we are girl guides

Sesungguhnya [OST Sinetron Solehah]

Labels:

Sesungguhnya - Ungu

Saat dunia berhenti berputar
saat manusia tak sanggup lagi berharap
ketika mentari tak sanggup lagi bernjanji
menyinari dunia yang tak kau singgahi

Mampukah kau untuk berbagi
tanpa hasrat ingin diberi
dihadapannya, dihadapanmu ya Allah

Sesungguhnya manusia
takkan bisa menkmati surga
tanpa ikhlas di hatinya
sesungguhnya manusia
takkan bisa menyentuh nikmatnya
tanpa tulus di hatinya

Lucu ya......... ( Lu Pikir Lah Sendiri )

Lucu ya, wang rm 2 ringgit begitu besar bila dibawa ke tabung amal masjid,tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.

Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menikmati pemutaran film di panggung wayang.

Lucu ya, susah merangkai kata untuk dipanjatkan ketika berdoa atau sembahyang, tapi betapa mudahnya mencari bahan percakapan bila bertemu teman-teman.

Lucu ya, betapa happynya bila menonton bola sepak yang agak lama, tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan jika terlalu lama bacaannya.

Lucu ya, susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk sahaja, tapi novel best-seller100 halaman pun habis dilalap.

Lucu ya, orang berebut-rebut untuk kedepan apabila menonton konsert atau pertandingan bola sepak, dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang supaya dapat keluar cepat.

Lucu ya, susahnya orang mengajak untuk berdakwah, tapi mudahnya orang menyebar gossip.

Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan Surat Khabar, tapi kita sering mempertanyakan apa yang dikatakan Al Quran.

Zikir Harian


Bingkisan Doa


Tujuh Kalimah


Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..


1.Bismillahhirrahmannirrahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.


2.Alhamdullillah:
Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.


3.Astagfirrullah:
Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.


4.Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.


5.Lahaula wala quwata illah billah:
Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.


6. Innalillah wain na illahirajiun:
jika menghadapi musibah atau melihat kematian.


7.La ila ha il lallah:
Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak- banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.



ALLAH won't ask about the color of your skin, He'll ask about the content of your character.