feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Dari Bilik Air Ayah

Assalamulaikum w.b.t.,

Low sek mou tzeng yah
ming hua haw lek toi
Apa khabar anak-anak ayah
Harapan ayah semuanya otak betoi

Umber nara le kek ammak
tambi minaci uncle mapele ane
Cuti panjang jangan banyak lemak
Nanti balik ayah tak keneeeeee

Pi dua-dua balik Kedah tak dan-dan
Balik mai sorang-sorang naik lori
Pi rumah penganti ikut pelan-pelan
Nanti pengantin tak tahan ikut lari

Puteri-puteri harapan bangsa...


i jeles lah tengok ader gambo KRS je....
Puteri pun nak join gak...
walaupun kami feminin...
AYAHANDA jgn pandang sebelah mate ye....
sape dekat kami karate...
kuikuikui

Dari laci ayah k1.20

Assalamualaikum kpd anak-anak ayah. Semua sihat. Alhamdulillah................ Semalam ada anak ayah telephone minta kebenaran nak balik dengan anak mak mertuanya awal sikit sebab tiket habis. Kebetulan anak ayah yang kenal semua bebudak pompuan kpli kat sini....... anak mak mertuanya pun ada kat sini kat negeri utara sana ambil periksa/ujian sabtu ni. Ayah rasa kesian lak bila dengaq suaranya yang tersedu-sedu minta izin macam PATI lak. Mcmana anak-anak nak bagi ke balik awal ke ?. Tak pa la... kesian dia, maklum la.... sekali-sekali dapat tapi bannnnnnnnnyak kali tak dapek. Ayah bagi la.. tapi ingat kepada anak ayah yang jantan tu... balik elok-elok teruuuuuuuuuuuuuuuus sampai rhumah, jannnnnnnnnnnngan berhenti kat mana-mana ponnnnnnnnnnnnnng. Faham, balik cepat-cepat sikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkittttt. Ada fahammmmmmmmmm.

Kekalkan di hati dan jiwamu..



Lagu KRS

KADET REMAJA SEKOLAH
MENUJU SATU IKATAN BERSAUDARA
BERSATU MENJULANG KEAMANAN NEGARA
MENJAYAKAN ILMU IMAN DAN AMAL
MARILAH KITA MEMBINA PERIBADI
MEMBENTUK INSAN YANG KREATIF
KE ARAH KECEMERLANGAN DIRI
SEPANJANG MASA YANG BERTERUSAN
REMAJA SAMBUTLAH CABARAN
MENJADI BANGSA MALAYSIA
MAJU DAN CEMERLANG
REMAJA BERWAWASAN
JANGAN KITA LUPA KEPADA PENCIPTA
REMAJA HAYATI BUDAYA
ILMU IMAN DAN AMAL
KEKALKAN DI HATI
DAN JIWAMU
WAWASAN KADET REMAJA SEKOLAH


Perhimpunan Pertama yang dihadiri oleh pelajar KPLI ambilan Januari 2008

Labels:


Setiap kali perhimpunan bulanan, kelas pada hari itu dari 1 jam akan dipendekkan ke setengah jam. Adik lelaki yang paling tinggi tu nama dia Am. Dengan dialah jai dapat lagu Poco-poco dan belajar lagu 'Kami Guru Malaysia' menggunakan bahasa isyarat. Terima kasih Am.

my sweet son



hai...
this is my son
muhammad wildan aqil
3 mei 2007

GURINDAM : “ MELAYAR BAHTERA RUMAH TANGGA”

Labels:



Mempelai melangkah ke alam baru,

Menjana hidup yang masih celaru.


Memegang amanah memikul tanggungjawab,

Kelak akhirat tidak disoal jawab.


Membina keluarga matlamat utama,

Perlu diiring semangat kerjasama.


Rumah tangga bahagia sukar dibina,

Andai cinta tidak dijana.


Sayang isteri mahkota firdausi,

Penyeri rumah tangga penghias ilusi.


Sayang suami dibelai dijaga,

Kasih dibawa ke pintu syurga.


Keluarga sendiri harus dihormati,

Barulah kasih dibawa ke mati.


Keluarga mertua juga dihormati,

Agar rumah tangga mekar mewangi.


Kasih suami isteri biarlah berpanjangan,

Teguhkan ikatan bercerai jangan.


Rumah tangga dihias penyeri cahaya mata,

Zuriat penyambung generasi bukan hanya harta.


Anak ditatang bagai minyak yang penuh,

Berperanan mendidik membesar sungguhpun jenuh.


Pertiwi dibentuk kasih sayang dipupuk,

Cinta bersemi tak mungkin kan lapok.


Keluarga harmoni membentuk generasi terbilang,

Agar negara membangun menjadi negara gemilang.



Tinta pena: Intan Namila (Kak Zu)

** gambar hak cipta terpelihara saudara Saiful Nang.

Kunjungan Delegasi Pakistan ke IPIK

Labels: , , ,

Salah satu aktiviti delegasi dari Pakistan ini adalah melawat bilik masakan (kemahiran hidup) yang terletak di bangunan Jabatan Pendidikan Khas. Kelas K 1.20 (kelas jai la) ditugaskan membuat kuih raya iaitu kuih tat nenas dan biskut coklat chip. Sedap sangat!!! Tengok tangan la! :) (sebenarnya ikut resepi... tu yang jadi sedap tu).


Wah!!! nampak menyelerakan kan? Tu tak masak lagi tu.. Kalo dah masak? tak sempat nak amik gambar pun dah habis kena serbu!! hahahhaha..

Ni lah salah satu penyeri kelas K 1.20. Sesiapa nak dia jadi model iklan apron memasak sila hubungi kami ya!

Bahan-bahan sudah disediakan

Puteri Lip Stick K 1.20 tengah goreng badam ni.. sebab tu la biskut coklat kami sedap sangat!!! (melawak jer Ju.. jangan marah haa...) Hah Balan.. nak cari calon isteri.. cari yang pandai memasak macam Ju tau!

Ni jejaka-jejaka model apron tengah berbincang siapa nak masuk pertandingan Raja Apron!


Hmm.. Sempat lagi tu nak ber klik klik!! Ni jiran Jai kat dalam bilik memasak.


Klik klik lagi? Nampak macam bersantai.. sebenarnya sibuk sangat! Puan Nik yang suruh kami berehat jap sebab semua orang dah lenguh-lenguh kaki dah. Ada yang bergolek kat lantai tu, tapi x masuk dalam gambar ni.

Yang ditunggu-tunggu telah pun tiba! Ramai pensyarah yang eskot (dapat bawak balik biskut seketul dua). Ramai yang minta resepi, sebab biskut sedap sangat!! :)

Cuba tengok ekspresi muka pelawat yang sebelah kiri tu. Dia kata "bohut bohut aca hain"


Big bos IPIK pun join da group gak. Puan Nik pun tak lupa, minta tambah oven lagi... baru boleh bakar biskut selalu..



*** ada satu kejadian .. salah seorang pelawat tu telah cuba makan tat nenas yang belum masak. Apa yang terjadi lepas tu??? hehehehehehe.. korang pun boleh agak kan! :)

Minggu orentasi - Lagu Kami Guru Malaysia

Labels: , , ,




Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Lagu dan Vokal

Minggu Orentasi KPLI di IPIK 2008 - b

Labels: ,

Sambungan



Orang kuat IPIK..Pn. Pengarah x dpt hadir

Minggu Orentasi KPLI di IPIK 2008

Labels: ,








Letih tp enjoy!!!

Lagu IPIK (Institut Perguruan Ilmu Khas)

Labels: ,


Gambar burung ni diambil di Jabatan Pendidikan Khas




Lagu IPIK

IPIK institut berbudi
Mendidik kami semua
Dengan ilmu dan pendidikan
Yang bernilai dan berharga

Institut tempat bernaung *
Nyaman alam sekitar
Persefahaman, perpaduan
Kami laksanakan

IPIK menabur bakti
Kepada rakyat semua
Benih luhur menjadi asas
Malaysia maju jaya.

Ulang *