feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Hadith Ramadhan

Labels:


Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Umatku talah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah pun diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang sedang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar(keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa. Allah mempersiapkan dan menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya : " Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu. Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir bulan Ramadhan (orang-orang Islam yang berpuasa ini ) akan diampunkan.Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya : "Wahai Pesuruh Allah adakah itu malam Lailatul Qadr?" Dijawab oleh Rasulullah SAW "Tidak tetapi selayaknyalah seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya"

Ulasan

Rasulullah SAW telah menyebut di dalam hadithnya tentang lima perkara yang dianugerahkan oleh Allah SWT yang belum pernah diberikan kepada umat yang (berpuasa) sebelum ini. Jikalau kita benar-benar dapat menghargai kurniaan yang besar daripada Allah ini , maka sudah tentulah kita akan cuba dengan ikhlasnya memperolehi kurnian-kurnian yang khas ini. Pertamanya, kita diberitahu bahawa bau yang keluar daripada mulut orang-orang yang berpuasa itu terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ahli-ahli tafsir menyebut lapan kemungkinan maksud-maksudnya. Di antaranya tiga maksud diberikan penjelasan yang paling dapat diterima :

Sebahagian daripada mereka berpendapat bahawa di hari akhirat Allah akan mengganjari dengan haruman kepada bau mulut orang yang berpuasa dengan haruman yang terlebih semerbak dan segar daripada bau kasturi (Durri Manthur)

Pada hari kiamat tatkala kita bangun daripada kubur, suatu bau harum akan terkeluar daripada mulut orang-orang yang berpuasa yang terlebih harum daripada bau kasturi.

Tafsiran yang paling dapat diterima pada pandanganku ialah yang mengatakan bahawa bau yang keluar daripada mulut itu di dunia ini terlebih harum di sisi Allah daripada kasturi .


Bacaan seterusnya di sini : Hadith Ramadhan




Selamat menjalani ibadah puasa kepada kawan-kawan semua. Dah masuk minggu ke 10 kita berpraktikum. Lepastu cuti raya, lepas cuti kita bertemu semula di maktab. Mungkin ada banyak cerita untuk dikongsi.

Seronok tengok ada orang niaga kat sini... anda telah menggunakan blog ini sebaiknya.. ramai yang tidak menyahut kepenggunaan blog ini. Mungkin sibuk agaknya. Antara yang aktif mengepos di blog ini ialah @depot, Perantau Desa dan Ayoh Chik. Yang lain-lain tu pegi mana chek pun tak tau la. Dan ramai lagi yang belum mendaftar sebagai penulis di blog ini. Harapnya dengan adanya blog ini memudahkan kita semua berkongsi maklumat, berita, cerita dan lain-lain.

Rindu bulan puasa tahun lepas, masa yang berlalu sangat singkat, tidak terasa letih berpuasa langsung.. Jai rasa itulah hikmah berniaga di bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan tahun lepas, paling tidak dapat dilupakan, kehilangan 2 insan terdekat menyebabkan bulan Ramadhan kali ini pun bertambah lagi kerinduan kepada mereka.

Saat rindu ini terdetik dihati, Al-Fatihah buat yang tersayang.

0 comments:

Post a Comment