Tutorial - Resize gambar
Ruang tutorial pada kali ini akan menyentuh berkenaan bagaimana untuk resize gambar digital agar menjadi lebih kecil saiznya. Kamera digital pada masa kini menawarkan kualiti gambar dan saiz resolusi / resolution yang tinggi. Selalunya resolution seperti 5 mega pixel, hingga 8 mega pixel. Manakala kamera yang saya guna hanya 5 mega pixel sahaja. Selalunya saya setkan pada 4 mega pixel sebab boleh jimat ruang kad memori.
Bagi gambar yang mempunyai resolusi 4 mega pixel, demensi gambar adalah 2304 x 1728 untuk tinggi dan kelebaran gambar. Dan saiz filenya pula antara 600 kb hingga 1 mb. Bagi penulis blog atau laman web, masalah menunggu gambar untuk diuploadkan agak menyerabutkan kepala sebab perlu menunggu masa yang lama. Jika berjaya upload pun, pembaca laman blog/ laman web perlu menunggu masa yang lama untuk mengeloadkan page blog tersebut.
Oleh itu disarankan resize dulu gambarnya dengan menggunakan MS Paint.
Start - All Programs - Accesories - Ms Paint
Open file gambar (sila buat salinan untuk backup gambar, takut-takut yang tak jadi tu ter save lak)
Bila dah open gambar tu,
tekan Image - Stretch / Skew
ataupun saya suka guna short cut key kat keyboard ja. tekan Ctrl + W
Ni lah hasilnya, semoga blog/laman web cepat loading.
Post a Comment