feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Seminar Down Syndrome

Labels: ,



Mereka juga mempunyai bakat dalam bidang tarian.


Amboi!! Sempat lagi nak berklik-klik!


Pencerita yang menghiburkan. Pandai berinteraksi dengan audience.
Satu kemajuan yang hebat dan pasti ibunya bangga.


Pelajar ini baru berusia 4/5 tahun dan boleh membaca buku cerita bahasa inggeris. Ini membuktikan pelajar khas BOLEH DIAJAR, dengan KAEDAH YANG SESUAI.



Seminar ini juga dikunjungi oleh pelajar dari Institut Perguruan Perempuan Melaka (IPPM) (eh.. btul tak nama maktab ni.. tolong betulkan kalau silap)
Sempat berkenalan dengan seorang dua.


Mengudap sekudap dua yang sedap bersama rakan sekelas.
Cuba lihat wajah seorang demi seorang. Ada muka cikgu tak??


Gambar ni diambil ketika rehat. Juadah-juadah yang disediakan memang first class. Sempat kami bergambar dengan adik ni dan ibunya. Terlupa nama adik ni.. sesiapa yang ingat, tolong bagitau na..

Kesempatan yang sempit kami guna dengan sebaik-baiknya. Ibunya kami temuramah untuk memahami kehidupan dan cabaran yang maha hebat ini. Respek pada ibunya yang supportive dan sangat cekal. Mungkin kami pun tak tertahan dengan dugaan jika diberi peluang ujian dari Allah s.w.t. Bagi si ibu, bersabar dan bertawakal.. itulah kunci utama dugaan diharungi satu persatu. Setiap kejadian, pasti ada hikmah dan lebih menghargai kasih sayang dalam kehidupan ini.


Satu syarahan yang bertenaga disampaikan oleh Mrs. Eugene. Masa yang suntuk tidak membenarkan slaid-slaid seterusnya dilihat oleh kami.


Ceramah ini berkenaan pelajar pendidikan khas dan seksualiti. Tapi rasanya boleh diguna pakai untuk semua pelajar lain. Kalau dilihat pada gambar, perasan tak ada ayat ni?

”NEVER keep a SECRET about a TOUCHING problem”

Ibu bapa dan guru-guru pendidikan khas perlu ajar agar pelajar khas dapat memberitahu jika mereka diambil kesempatan atau dengan kata mudah “dicabul!!!”

Ajar mereka untuk katakan tidak pada sentuhan yang tidak sepatutnya, apatah lagi orang luar.

Kisah benar untuk renungan kita semua.

Seorang dewasa LD (pesakit kencing manis dari kanak-kanak lagi) pergi ke klinik kesihatan untuk mendapatkan suntikan dengan menaiki teksi setiap minggu. Rupa-rupanya pemandu teksi ni dah pasang niat tak baik dalam hatinya. Teksi dihentikan di tepi kebun getah dan menarik mangsa ini ke dalam semak. Pergelutan berlaku, Allah maha melindungi, mangsa berjaya melarikan diri tanpa diperlakukan perkara terkutuk tu.
Dan... sebulan setelah kejadian barulah mangsa bercerita kepada ibu mangsa.

Moral cerita.
Janganlah mengambil kesempatan keatas ketidakupayaan OKU (tak suka guna huruf-huruf ini.. harap-harap ada gelaran lain yang lebih baik untuk diguna pakai)



“ dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas”

Masuk minggu ke 2 cuti semester pertama, hati kecil terusik dengan sindiran beberapa insan yang tidak tahu tentang dunia seorang guru pendidikan khas, tidak tahu bagaimana rasanya berada dikalangan mereka yang istimewa, tidak tahu bagaimana rasanya mempunyai insan istimewa sebagai ahli keluarga, dan tidak tahu bagaimana rasanya berdamping dengan anak-anak syurga. Padanya guru pendidikan khas adalah seperti baby sitter/ pengasuh, yang diberi gaji yang tinggi … tinggi dari mereka yang bekerja di nursery. Malah mendapat elaun pendidikan khas pulak sebanyak RM 250 seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan Malaysia tahun lepas. Susah nak diterangkan pada orang yang x nak dengar penjelasan. Biarlah.. suatu hari nanti akan ku ceritakan.

Perasaan percaya kepada inilah jalan yang ditentukan oleh Allah s.w.t kepada kami semua. Pilihan menjadi guru pendidikan khas bukanlah semata-mata elaun tambahan RM250. Jika betul kami tamakkan duit, kami x perlu menjadi guru, baik kami jadi peniaga. Pilihan kami menjadi guru bukanlah pilihan terakhir, tetapi kerana jiwa kami di sini. Kami dah cuba pelbagai pekerjaan, tetapi tidak mendapat kepuasan sebagai seorang insan. Kami akur, kami ditakdirkan menjadi guru, walaupun jalan penuh ’corner’ sebelum sampai di pintu IPIK.










Dah tiba masa untuk balik ke Cheras. Hujan dah xder. Najib main cuk cak ngan kamera ni. Adha duk membaca semua poster2 yang tertampal kat pondok bas. Ms. Ju duk peace kat Jai. Jai kat bahu jalan melayan cuk cak Najib ni.. Tapi ada satu yang pelik.. si Shah.. tengok cicak ker siang2 ni?? :P

Jari pun menekan. Klik klik beberapa kali.. melayan kebosanan menunggu bas.

Refleksi Seminar Down Syndrome.
1. intervensi awal sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan dan potensi yang ada
2. sokongan moral, masa, tenaga, dan belaian kasih sayang penting dari keluarga pelajar
3. kagum melihat pelajar down syndrome berada di pentas, membuat persembahan dan menyampaikan cerita.
4. kagum melihat kecekalan ibu bapa pelajar2 ini
5. belajar memahami keperluan individu secara detail
6. setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Jangan ingat kita ni sempurna dan normal pada mata, tetapi, kekurangan diri sendiri masih banyak.

Bahan bacaan : English, Bahasa Melayu


Kawan2, ada nak tambah apa2 tak? Kalau ada silap tolong betulkan. Sila log in dan edit apa yang patut ek.

0 comments:

Post a Comment