Bersaranya Pejuang Bangsa - Bonda Tercinta
* klik untuk view penuh
Khamis, 13 November hari terakhir perkhidmatan seorang pejuang bangsa yang tidak didendang. Pejuang kerdil tapi memainkan peranan yang besar dalam dunia pendidikan negara kita. Pejuang kerdil yang tidak berkira wang ringgit, masa dan tenaganya sepanjang berbakti sebagai guru.
Klik sini untuk lagu warisan
Baca selanjutnya tentang Bersaranya Pejuang Bangsa - Bonda Tercinta
Thursday, November 13, 2008 | 0 Comments
Cara Terbaik Ajar Anak Berjalan
Pasangan suami isteri yang baru dikurniakan anak lazimnya berasa teruja dan tidak sabar untuk melihat bayi mereka pandai berjalan.
Mereka sudah pasti berbangga memberitahu rakan-rakan bahawa bayi mereka yang comel sudah mula bertatih dan berjalan jatuh.
Ada juga yang tidak sabar dan cuba ‘mengajar’ bayi mereka belajar berjalan, lebih-lebih lagi apabila melihat anak rakan yang sebaya sudah pandai berjalan mahupun berlari.
Sebenarnya, bayi tidak perlu ‘diajar’ kerana mereka akan membuat keputusan sendiri apabila telah bersedia untuk melakukan perkara itu.
Ibu bapa juga tidak seharusnya membandingkan anak mereka dengan anak orang lain, kerana setiap bayi berbeza tahap pembesarannya. Mereka harus belajar menerima seadanya.
Boleh jadi satu hari nanti anda akan melihat bayi cuba bertatih sendiri pada sambutan hari jadi pertamanya. Sesetengah kanak-kanak bagaimanapun, masih gagal berdiri sendiri walaupun telah mencecah usia 18 bulan.
Jika perkembangan dalam aspek-aspek lain seperti fizikal, pertuturan dan sebagai berlaku secara normal, ibu bapa sepatutnya tidak perlu berasa bimbang.
Namun, sekiranya masih berasa terlalu risau mengenainya, pergilah berjumpa doktor.
Berjalan ada kaitannya dengan keseimbangan dan perkembangan motor. Bagi sebahagian kanak-kanak, mampu berdiri adalah satu pencapaian, manakala melangkah setapak demi setapak adalah satu matlamat yang mesti dicapai tanpa merasai penat.
Ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi membantu anak-anak belajar berjalan.
Sebagai contoh, galakkan mereka berdiri dan berpegang pada perabot untuk menambah kestabilan dan membantunya belajar mengimbangkan diri dengan betul.
Apabila anak lebih yakin, dia akan lebih suka bergerak di sekeliling perabot itu untuk mendapatkan mainan kegemarannya.
Berikut beberapa panduan bagi membantu anak agar pandai berjalan:
Walker bayi
Peralatan seperti tempat duduk, beroda dan berbingkai (walker) bukanlah alat bantuan terbaik untuk mendidik anak belajar berjalan dengan lebih cepat.
Ini kerana, kerusi walker boleh menghalang perkembangan semula jadi mereka untuk belajar bertatih.
Bayi yang menggunakan walker akan bergantung kepada alat itu untuk mengimbangkan diri dan bergerak. Akhirnya, otot yang mereka perlukan untuk berjalan tidak akan berkembang sepenuhnya.
Walker juga perlu digunakan dengan berhati-hati kerana statistik kemalangan meningkat setiap tahun berpunca daripada alat tersebut.
Berkaki ayam
Cuba memakaikan kasut pada bayi agar mereka belajar bertatih dengan pantas bukan tindakan yang betul.
Biarkan anak membiasakan diri dengan pelbagai jenis permukaan seperti rumput, karpet, kayu dan pasir. Ia suatu suasana pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan bagi anak-anak.
Pegang tangan
Walaupun ia kelihatan seperti cara terbaik untuk membantu anak, tetapi dengan memegang tangan ibu bapa mengganggu keseimbangan badannya.
Ini kerana kejadian alam telah melengkapkan kita dengan tapak kaki dan jari kaki bagi keseimbangan badan.
Sebaliknya, cuba pegang anak pada badannya agar ia berdiri tegak.
Interaksi
Pengalaman ini merupakan satu perspektif baru bagi kanak-kanak dan pasti bukan sahaja ia teruja malah ibu bapa juga berkongsi kegembiraan itu.
Habiskan banyak masa dengannya untuk memberikan anak anda keyakinan untuk bangun sendiri apabila jatuh, ketawa dengan gembira dan galakkan dia agar mencuba lagi.
Anak anda akan cuba mencapai apa sahaja apabila dia mula berjalan. Dan anda pastinya merindui hari-hari ketika dia cuma terbaring di atas katilnya!
Oleh Diyana Rose Kamaludeen
Sumber : Ajar anak berjalan.
Thursday, November 13, 2008 | 0 Comments
Melucahkan seks
Dalam susah payah kita mahu memberikan panduan pendidikan seks dan benteng penyelamat bagi anak-anak, usaha itu diancam oleh mentaliti kotor sebahagian masyarakat kita yang gemar MELUCAHKAN SEKS.
“Orang lelaki, kena balik rumah. Orang perempuan, balik rumah… kena!”, kata seorang penceramah di akhir sebuah kursus.
Peserta perempuan tersipu-sipu tunduk menahan malu.
Peserta lelaki ketawa sampai memukul-mukul meja.
Hebatlah penceramah itu barangkali! Lawaknya menjadi.
Kejadian seperti ini sangat kerap berlaku. Bahan senda gurau yang mengandungi unsur-unsur lucah sudah menjadi kebiasaan hingga kayu ukur sexual harrasment masyarakat kita menjadi lebih kebal. Budaya ini adalah budaya kerendahan akal dan budi.
Budaya ini menggambarkan betapa masyarakat kita sudah tidak menghormati kesucian institusi keluarga. Hubungan seks di antara suami isteri adalah suatu ‘ibadah’ yang dilindung oleh Allah dengan adab-adab yang diungkap dengan wahyu. Malangnya, orang kita menjadikannya sebagai benda murahan yang disenda guraukan.Budaya melucahkan seks ini jadi satu ‘kemalangan’ ke atas akhlaq umat apabila ia dijuarai oleh golongan pendidik.
PUNCA
Sukar untuk saya mengenal pasti punca kecenderungan golongan ini terhadap lawak lucah sebegini.
Menjadikan seks sebagai bahan lawak jenaka jauh sekali menjadi petanda yang seseorang itu cool kecuali tiada agama yang hendak dirujuk sebagai penentu nilai. Cakap-cakap kotor sebegini tidak akan berlaku kecuali ia datang dengan kombinasi dua faktor.
Pertamanya adalah faktor kerendahan mentaliti.
Keduanya adalah faktor kerendahan iman dan hati.
Namun seandainya lawak-lawak berlibido ini disertai dengan perlakuan hiperaktif, mahu sahaja saya cadangkan bahawa golongan ini mempunyai masalah psikiatri yang serius. Bipolar maniac, harus dipertimbangkan!
… Dirinya sahaja yang betul, tidak habis-habis berleter dan mengungkit seribu satu perkara, malah bercakap lucah atau melakukan perbuatan lucah hingga ke tahap hospital di Ireland akan membekalkan pil pencegah kehamilan kepada pesakit Bipolar Disorder ini kerana beliau dengan mudah sahaja boleh melakukan seks dengan sesiapa sahaja yang ditemuinya.
SESUNGGUHNYA
Jika rumahtangga bermula dengan pendidikan seks lucah terhadap calon ibu bapa… apakah ada sinar dalam budaya gelap ini?
Wednesday, November 12, 2008 | 3 Comments
Selamat Bermujahadah
Ayoh chik ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bermujahadah kepada semua yang akan menghadapi peperiksaan, semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan kita. Berusahalah sebaik mungkin dan banyakkan doa serta tawakkal kepadaNya.
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir." (al-Baqarah: 286)
Ya Allah, bantulah kami dalam mujahadah kami dan tetapkanlah niat kami semata-mata keranaMu sebagaimana ikrar kami; sesungguhnya solat kami, ibadah kami, kehidupan kami dan kematian kami adalah semata-mata keranaMu, Tuhan sekelian alam.
Saturday, November 01, 2008 | 0 Comments
Event sebulan officially habis!
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Post kali ni agak panjang, bukannya tulisan berjela-jela, tapi gambar yang banyak giler!
Post ini merupakan penutupan secara rasminya bulan raya.
Yang paling meriah sambutan raya pada kali ini rasanya Open House K2.20. Rata2 pertanyaan saya kepada mereka dari kelas lain saya membuat kesimpulan, Raya Open House kita yang terBest sekali!!
Setiap warga K 2.20 diberi peluang untuk memberi sepatah dua kata. Ada yang rilek ja.. ada yang melucukan dan ada yang sebak. Jai tersebak gak.. tapi cover laaaa.... hehehhe
tapi sebelum tu memang dah kenakan ayahanda dulu :)
Ni kek besday untuk Ayahanda.. lilin dah disembunyikan dengan tujuan menyembunyikan juga usia ayahanda.
Tukar-tukar Hadiah Time
"Apa yang penting?? "
"KERJASAMA!!!"
Horay!! Alhamdulillah, majlis ini berjalan lancar, semua kenyang, semua hepi, semua puas hati, semua tolong menolong menjayakannya! Cayalah!!!
Friday, October 31, 2008 | 0 Comments
Berkreatif dengan huruf
Murid Bermasalah Pembelajaran mungkin mempunyai masalah untuk mengingat huruf-huruf, jadi terpulanglah kepada guru untuk kreatif mencari cara yang paling sesuai untuk murid faham dan ingat.
Jai ada jumpa beberapa kaedah imaginasi huruf. Tengok la.. mana tau kot-kot boleh guna..
Ni guna penyepit baju ja..
guna tangan untuk buat huruf.. tapi perasan tak tangan dia hitam.. rasanya guna teknik wayang kulit.. hmmm.. menarik idea tu! Boleh guna nanti
Untuk lihat banyak lagi huruf yang kreatif-kreatif, gi sini : 22 of the World's Most Creative Alphabets
Wednesday, October 15, 2008 | 0 Comments