feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Melucahkan seks

Dalam susah payah kita mahu memberikan panduan pendidikan seks dan benteng penyelamat bagi anak-anak, usaha itu diancam oleh mentaliti kotor sebahagian masyarakat kita yang gemar MELUCAHKAN SEKS.

“Orang lelaki, kena balik rumah. Orang perempuan, balik rumah… kena!”, kata seorang penceramah di akhir sebuah kursus.

Peserta perempuan tersipu-sipu tunduk menahan malu.

Peserta lelaki ketawa sampai memukul-mukul meja.

Hebatlah penceramah itu barangkali! Lawaknya menjadi.

Kejadian seperti ini sangat kerap berlaku. Bahan senda gurau yang mengandungi unsur-unsur lucah sudah menjadi kebiasaan hingga kayu ukur sexual harrasment masyarakat kita menjadi lebih kebal. Budaya ini adalah budaya kerendahan akal dan budi.

Budaya ini menggambarkan betapa masyarakat kita sudah tidak menghormati kesucian institusi keluarga. Hubungan seks di antara suami isteri adalah suatu ‘ibadah’ yang dilindung oleh Allah dengan adab-adab yang diungkap dengan wahyu. Malangnya, orang kita menjadikannya sebagai benda murahan yang disenda guraukan.Budaya melucahkan seks ini jadi satu ‘kemalangan’ ke atas akhlaq umat apabila ia dijuarai oleh golongan pendidik.

PUNCA

Sukar untuk saya mengenal pasti punca kecenderungan golongan ini terhadap lawak lucah sebegini.

Menjadikan seks sebagai bahan lawak jenaka jauh sekali menjadi petanda yang seseorang itu cool kecuali tiada agama yang hendak dirujuk sebagai penentu nilai. Cakap-cakap kotor sebegini tidak akan berlaku kecuali ia datang dengan kombinasi dua faktor.

Pertamanya adalah faktor kerendahan mentaliti.

Keduanya adalah faktor kerendahan iman dan hati.

Namun seandainya lawak-lawak berlibido ini disertai dengan perlakuan hiperaktif, mahu sahaja saya cadangkan bahawa golongan ini mempunyai masalah psikiatri yang serius. Bipolar maniac, harus dipertimbangkan!

… Dirinya sahaja yang betul, tidak habis-habis berleter dan mengungkit seribu satu perkara, malah bercakap lucah atau melakukan perbuatan lucah hingga ke tahap hospital di Ireland akan membekalkan pil pencegah kehamilan kepada pesakit Bipolar Disorder ini kerana beliau dengan mudah sahaja boleh melakukan seks dengan sesiapa sahaja yang ditemuinya.

SESUNGGUHNYA

Jika rumahtangga bermula dengan pendidikan seks lucah terhadap calon ibu bapa… apakah ada sinar dalam budaya gelap ini?

3 comments:
gravatar
Hayati Sensei said...
November 13, 2008 at 12:11 AM  

macam bagus. agama ker?

gravatar
jai said...
November 13, 2008 at 3:17 AM  

jai tak tau la nak komen camna..
rasa tak selesa ada gak semasa mereka berbual mengenai perkara ini. nak menyekat mereka agak susah.. pepandai kita lah nak menapis yang mana baik yang mana buruk. tu yang kekadang jai cuma cakap "information overloaded!!" tapi paham2 jer lah.. kekadang org tu sebelum kawin punyalah baik, tak pernah cakap benda double meaning ni.. tapi bila dah kawin, tetiba jadi expert lak.
tepuk dada, tanya selera, tapis yang mana perlu..

boleh ker dikatakan kalo lawak ***** yang berlebihan sebagai ganggual seksual??

gravatar
Hayati Sensei said...
November 15, 2008 at 1:15 AM  

tu lar.. aku pun setuju.. manusia ni nampak luar jer baikkkk macam malaikat.. tapi kat dalam macammm pelesit..

Post a Comment