Event sebulan officially habis!
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Post kali ni agak panjang, bukannya tulisan berjela-jela, tapi gambar yang banyak giler!
Post ini merupakan penutupan secara rasminya bulan raya.
Yang paling meriah sambutan raya pada kali ini rasanya Open House K2.20. Rata2 pertanyaan saya kepada mereka dari kelas lain saya membuat kesimpulan, Raya Open House kita yang terBest sekali!!
Sarapan Time
Selingan Time
Event Time
Setiap warga K 2.20 diberi peluang untuk memberi sepatah dua kata. Ada yang rilek ja.. ada yang melucukan dan ada yang sebak. Jai tersebak gak.. tapi cover laaaa.... hehehhe
Ayahanda menerima cenderamata yang tak seberapa dari kami ni
tapi sebelum tu memang dah kenakan ayahanda dulu :)
tapi sebelum tu memang dah kenakan ayahanda dulu :)
Ni kek besday untuk Ayahanda.. lilin dah disembunyikan dengan tujuan menyembunyikan juga usia ayahanda.
Rakan-rakan kelas lain turut hadir untuk menghabiskan juadah yang banyak giler ni
Tukar-tukar Hadiah Time
"Apa yang penting?? "
"KERJASAMA!!!"
Horay!! Alhamdulillah, majlis ini berjalan lancar, semua kenyang, semua hepi, semua puas hati, semua tolong menolong menjayakannya! Cayalah!!!
Friday, October 31, 2008 | 0 Comments
Berkreatif dengan huruf
Murid Bermasalah Pembelajaran mungkin mempunyai masalah untuk mengingat huruf-huruf, jadi terpulanglah kepada guru untuk kreatif mencari cara yang paling sesuai untuk murid faham dan ingat.
Jai ada jumpa beberapa kaedah imaginasi huruf. Tengok la.. mana tau kot-kot boleh guna..
Ni guna penyepit baju ja..
Pandangan saya pada orang selepas ini mungkin berbeza. Saya mungkin nampak dia dalam huruf k, dia yang lain dalam huruf u, dia yang lagi satu mungkin dalam huruf r. Jai rasa satu kaedah yang bagus untuk mudah mengingat seseorang.
guna tangan untuk buat huruf.. tapi perasan tak tangan dia hitam.. rasanya guna teknik wayang kulit.. hmmm.. menarik idea tu! Boleh guna nanti
Untuk lihat banyak lagi huruf yang kreatif-kreatif, gi sini : 22 of the World's Most Creative Alphabets
Wednesday, October 15, 2008 | 0 Comments
Berita Admin - Feed terus ke email anda!
Posted by
jai
Labels:
makluman
Salam semua, selaku admin, Jai minta maaf sebab sebelum ni tools feed tak boleh guna. Bila kita masukkan email, feedburner tak terima.
Apa itu feedburner?
Feedburner ni dengan kata mudahnya adalah untuk update kan blog ni di talian/internet. Kegunaannya supaya enjin pencari seperti google atau yahoo mengenal pasti kewujudan blog ini dan meletakkannya di direktorinya. Jadi apabila kita search "pbs-kkbi' atau "kpli ipik" atau "ipik" kita dapat lihat hasil carian oleh enjin pencari ni akan jumpa blog ini.
Apa gunanya masukkan email di atas?
Feedburner menawarkan perkhidmatan penghantaran terus post-post terbaru ke email anda! Bagus bukan? Tanpa membuka laman blog, anda masih boleh membaca post-post terkini di email anda sendiri.
Jadi, apa tunggu lagi? Nikmatilah kemudahan ini, dan subscribe la!
Terima kasih atas sokongan anda.
Admin
ps: anda pernah search nama saya?? :)

Jom Masak Pizza - Gambar kenangan di kelas KH
Doh yang lebih dibuat donut!. Ni paling cepat sold out, sebabnya lambat tunggu pizza masak, bedal yang ni dulu la.. perut dah berbunyi ni..
Pizza yang sedang dimasak... satu ketuhar ja yang boleh dipakai.. letih menunggu.. sambil menunggu, sambil makan Pizza. Pizza siapa yang masak dulu, habis kena serbu!!!
Wednesday, October 15, 2008 | 0 Comments
Subscribe to:
Posts (Atom)