feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Re: Aku Terima Nikahnya..

salamunalaik..

Maaf ye, gambar di bawah tu adalah hiasan semata-mata. Tujuan penulis post entry di bawah adalah untuk suka-suka sahaja, tidak berniat untuk menyinggung atau mengguris hati mana-mana pihak.Penulis merasakan blog ini mulai suram sejak akhir-akhir ini. Mungkin disebabkab kekangan masa yang tidak mengizinkan sahabat-sahabat sekalian untuk memenuhinya...oleh itu penulis sebenarnya cuba bertindak untuk memeriahkan suasana.

ni nama pengantin yang sebenar..


penulis 3 dari kiri bersama-sama keluarga dan pengantin..

Tajuk ini dipilih adalah semata-mata untuk berkongsi pengalaman penulis mengenai buku terbaru yang penulis sempat habis baca sepanjang cuti sekolah yang lalu. Buku ini penulis belinya di sebuah kedai buku di sekitar Puduraya ketika hendak pulang ke kampung baru-baru ini.


Buku ini adalah rakaman pengalaman Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dalam membantu membina damai pada sebuah kehidupan berumah tangga. Segalanya bermula dengan menilai cara diri memandang perkahwinan itu sendiri. Melihat pekahwinan sebagai medan untuk menerima, menjadikan kita semakin gelisah dan hidup meminta-minta. Melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan.
Diolah dalam gaya santai dan pendekatan bercerita, dengan dialog-dialog biasa yang merencahi kehidupan sekitar dunia rumah tangga, buku ini menjanjikan pengalaman membaca yang mengasyikkan. Suami mahupun isteri dibawa menghargai keunikkan diiri masing-masing, mengiktiraf kelebihan dan mengakui kelemahan, lalu belajar untuk saling memahami…demi menyempurnakan perjalanan sebuahrumah tangga berbekalkan syariat Allah dan sunnatullah.

Dapatlanlah buku ini dipasaran, moga bermanfaat untuk semua..
Wassalam.

2 comments:
gravatar
yakuza said...
August 27, 2008 at 9:18 PM  

owhh.. iye ke.....? oklah.

gravatar
AraBeLLa said...
June 1, 2009 at 10:38 PM  

cikgu hadi...seb bek ko xkwin lg....klu x frust aku...hehe....

Post a Comment