Pendidikan seks diajar berasingan mulai tahun depan
06/12/2010 3:09pm KUALA LUMPUR 6 Dis. - Pendidikan seksualiti yang diajar secara menumpang mata pelajaran lain sebelum ini akan diajar secara berasingan mulai tahun depan dengan mengekalkan penggunaan istilah Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (Peers). Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, melalui pelaksanaan di bawah transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) itu, kementerian tersebut menetapkan subjek tersebut diajar selama 40 minit, dua kali sebulan di sekolah menengah dan 30 minit setiap minggu di sekolah rendah. "Peers sebenarnya telah dilaksanakan sejak 1989 di sekolah menengah dan 1994 di sekolah rendah, cuma di sekolah rendah ia menumpang merentasi kurikulum di bawah Pendidikan Jasmani. "Bermula tahun 2011 di bawah transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah, kementerian memutuskan Pendidikan Kesihatan yang ada di dalamnya Peers akan diajar secara berasingan sebagai satu mata pelajaran yang tidak lagi bercantum dengan mana-mana mata pelajaran lain,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini. Hadir sama di sidang media itu ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Julaihi Bujang. Beliau berkata, antara skop yang akan dimasukkan bagi murid tahap satu ialah perbezaan aspek fizikal lelaki dan perempuan, tanggungjawab menjaga kebersihan diri, kemahiran berkata tidak kepada sentuhan yang tidak selamat, kepentingan memelihara kehormatan diri serta pengurusan perasaan. Bagi tahap dua yang membabitkan murid tahun empat, lima dan enam, skopnya ialah bagaimana mengurus konflik, perubahan fizikal, akil baligh, sistem reproduktif, kemahiran memelihara kehormatan diri, risiko hubungan seks sebelum nikah, jangkitan penyakit seksual dan kemahiran berkata tidak kepada rokok, alkohol dan dadah. Mohd Fuad berkata, bagi pelajar sekolah menengah di peringkat rendah pula, mereka akan didedahkan mengenai kecekapan psiko-sosial atau lifeskill menangani situasi berisiko, pengurusan tekanan, jangkitan penyakit seksual, perkembangan sifat seksual sekunder, identiti dan orientasi seksual, perhubungan dan kesan buruk alkohol, rokok dan dadah. "Manakala di peringkat menengah atas, skopnya ialah kemahiran kecekapan psiko-sosial, kestabilan emosi dan mental, kehamilan remaja, kekeluargaan, jangkitan penyakit seksual, langkah pengawalan dan pencegahan rokok dan dadah,” katanya. - Bernama http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm
Wednesday, December 08, 2010 | 0 Comments
Group K1.20 di Facebook
Salam semua...
Sebelum tu, Jai nak minta maaf sebab dah lama x update apa2 yang baru dalam blog ni... sebenarnya Jai sendiri tak dapat log in sebab akaun gmail Jai di hack oleh orang yang jahat... tapi, akhirnya Jai berjaya mendapat kembali akaun Jai,...
Berita baik buat mereka yang selalu online di Facebook.. Jai dah create group kita dalam Facebook... jadi boleh la kita keep in touch di sana,...
Bagi yang belum mendaftar, sila daftar kan diri anda di Facebook.
Bagi yang sudah mempunyai akaun, bleh ke link group kita di sini: K1.20 PKLI IPIK 2008.
Jom arr join bagi meriah! Jumpa di sana...
Yang blog sini lak, insyaAllah jai cuba update kan ... tp jangan la harapkan Jai sorang ek... korang pun dilantik menjadi penulis bersama... jadi jom arr sama2 menulis di blog kita....
Sesiapa yang nak jadi penulis bersama di blog ni, tapi hari tu tak sempat bagi emailnya pada jai, boleh bagi email pada jai... nnti jai invitekan....
Saturday, June 26, 2010 | 0 Comments