feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


PAHLAWAN SYIRIK?

Salam 2 all.

Hari ini Jumaat 09 Sya'ban 1430 bersamaan 31 Julai 2009. Menjadi tradisi dinegara ini meraikan Hari Pahlawan pada 31 Julai setiap tahun.

Bagaimanapun, sangatlah mendukacitakan kerana hari yang penuh dengan makna bagi para anggota keselamatan kita dicemari dengan perbuatan mensyirikkan ALLAH!

Pagi Jumaat yang mulia ini kita menyaksikan bagaimana sambutan itu dimulakan dengan upacara bertafakkur di hadapan Tugu Negara.

Acara dimulakan dihadapan Tugu Peringatan iaitu monumen tiang yang dipenuhi dengan nama para anggota keselamatan yang telah terbunuh dalam tugas keselamatan. Disitu Perdana Menteri akan berdiri menerima tabik hormat daripada perbarisan anggota dan pegawai kanan Polis DiRaja Malaysia, yang kebanyakkannya, kalau bukan semua pun adalah beragama Islam.

Kemudian Perdana Menteri bersama dengan Ketua Polis Negara berserta Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Udara dan Panglima Tentera Laut akan berdiri bertafakkur dihadapan Tugu Negara, dituruti oleh semua hadirin yang ada termasuk anggota pasukan keselamatan yang berbaris sejak subuh tadi.

Tugu Negara ini adalah terdiri daripada beberapa buah patung yang besar dengan figurin tubuh manusia yang lengkap. Walaupun pernah dibom pada tahun 1976, namun ianya telah diperbaiki dan dipercantikkan semula. Tugu yang pernah menjadi patung manusia terbesar yang pernah dibuat ini diilhamkan oleh YAM Tunku Abdul Rahman, yang juga telah mengilhamkan pembinaan patung beliau sendiri yang kini megah bersemadi dihadapan Bangunan Parlimen Malaysia.

Majlis tafakkur dihadapan Tugu Negara ini akan diiringi dengan tiupan muzik "Last Post". Kemudian diikuti oleh bacaan sajak yang diiringi oleh alunan muzik yang mendayu.

Majlis Fatwa Kebangsaan dalam muzakarah Kali ke-19 pada 06-07 Oktober 1987 telah memfatwakan perbuatan bertafakkur dihadapan Tugu Negara ini sebagai perbuatan syirik dan mesti dihentikan serta merta. Saya sendiri telah membangkitkan isu ini pada sidang Parlimen 29.06.2009, dimana Menteri Bahagian Agama Islam JPM menjawab bahawa Kerajaan menyedari berkenaan fatwa tersebut.

Apa yang mengejutkan saya ialah setelah hampir 22 tahun fatwa tersebut diputuskan, sehingga hari ini majlis syirik ini masih diamalkan. Mengapa tidak diambil tindakan segera membenteras gejala syirik ini. Kalau Al Arqam diisytihar sesat kerana mengagungkan Syeikh Suhaimi, kalau Ayah Pin dkatakan sesat kerana kerajaan langit serta teko dan kole besarnya, maka bagaimana pula dengan bertafakkur dihadapan Tugu Negara yang telah difatwakan dengan sarih dan jelas sebagai syirik!

Dan yang lebih menyedihkan, bagaimana Kerajaan boleh justifikasikan perbuatan syirik ini dengan berselinding disebalik malam bacaan Yaasin untuk memperingati Hari Pahlawan! Apakah bacaan Yaasin itu boleh meluputkan dosa syirik yang dilakukan, sedangkan ALLAH dengan jelas menyebut bahawa Dia mengampuni semua dosa lain kecuali syirik!

Berapa ribu anggota keselamatan kita yang beragama Islam terpaksa bergelumang dengan dosa syirik gara-gara sikap kerajaan yang tidak bertanggungjawab ini.

Kasihanilah anggota keselamatan kita. Mereka menggadai nyawa untuk membebaskan dan memerdekakan kita daripada penjajahan politik, tidak kah boleh kita membalas jasa mereka dengan membebaskan dan memerdekakan mereka daripada penjajahan aqidah ini.

Semoga ALLAH mengampuni kita semua dan memberikan kita petunjuk dan hidayahNya.

Selamat Hari Pahlawan.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
09 Sya'ban 1430
31 Julai 2009

Payahnya Malaikat Meminta Tanah Dari Bumi

Payahnya Malaikat Meminta Tanah Dari Bumi

Pegangan Kami Ialah Al-Quran Dan al-Sunnah Menurut Kefahaman al-Salaf al-Salih

Pegangan Kami Ialah Al-Quran Dan al-Sunnah Menurut Kefahaman al-Salaf al-Salih

Sekolah Ah Poon








Hi kawan-kawan,ini program fetergasi sekolah saya.Akak berdiri situ adalah pembantu ppki namanya kak Zi.Beliau tengah bersihkan tapak.Program ini ditaja oleh Menteri Besar Negeri Sembilan.Di samping itu,guru-guru ppki juga rancang membuat tapak untuk fisiologi.







Anda rasa anda cukup pantas?

Labels:

Picture taken from Typing Test


Cuba setakat mana pencapaian anda. Hanya taip semula perkataan yang diberikan. Anda rasa anda cukup pantas? Antara perkataan yang sering digunakan! setiap kali anda cuba memecah rekod, anda akan alami peningkatan yang menakjubkan :)

Jom cuba uji kemahiran anda menaip dalam bahasa melayu dan inggeris..

http://malaysian-speedtest.10-fast-fingers.com/

http://speedtest.10-fast-fingers.com/



ps: boleh juga diguna untuk latihan kemahiran menaip!!

Polis wanita Iran

Fuiyoooo..panjat dinding beb!

Tembak jgn tak tembak!!!

Kamilah wanita alaf baru...








Siapa kata Muslimah tidak boleh lakukan aktiviti lasak. Dengan pakaian yang sesuai, muslimah pun boleh..lihatlah aktiviti panjat dinding tu..Agak-agak kat Malaysia ni, boleh ke buat camnie... Salute la...klu aku blm tentu blh wat....



Kuih Bakar Special

Sebotol : RM10 (kuih bentuk daun)
Sebotol : RM5 (kuih bentuk bunga)



Kuih Bakar untuk hantaran (1 ketul : RM0.60)
Selalunya satu mangkuk hantaran ada 28 ketul kuih....(ni contoh jer...kotak not included la...)


Kawan2....kuih ni tradisi keluarga kitorg tau! turun-temurun....so resepinya memang dijamin tulen you....nila kuih yg Pn Habsah tuntut kt aku resepinya ms konvo hr tu...aku ingt dia dh lp...maklumla dr kta prktkum lg dia dh mtk,punyalah lama dh....sorila Pn, klu nk resepinya knala byr pengKerasnya...hehe.....so, pd sesapa yg teringin nk order, contactla aku....
Alamat : 50A Kampung Jalong
31100 Sungai Siput (U)
Perak Darul Ridzuan
Telefon : 05-5971121 @ 012-4563852