feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Showing posts with label kelas. Show all posts
Showing posts with label kelas. Show all posts

Group K1.20 di Facebook

Labels: , ,



Salam semua...
Sebelum tu, Jai nak minta maaf sebab dah lama x update apa2 yang baru dalam blog ni... sebenarnya Jai sendiri tak dapat log in sebab akaun gmail Jai di hack oleh orang yang jahat... tapi, akhirnya Jai berjaya mendapat kembali akaun Jai,...

Berita baik buat mereka yang selalu online di Facebook.. Jai dah create group kita dalam Facebook... jadi boleh la kita keep in touch di sana,...

Bagi yang belum mendaftar, sila daftar kan diri anda di Facebook.

Bagi yang sudah mempunyai akaun, bleh ke link group kita di sini: K1.20 PKLI IPIK 2008.

Jom arr join bagi meriah! Jumpa di sana...

Yang blog sini lak, insyaAllah jai cuba update kan ... tp jangan la harapkan Jai sorang ek... korang pun dilantik menjadi penulis bersama... jadi jom arr sama2 menulis di blog kita....

Sesiapa yang nak jadi penulis bersama di blog ni, tapi hari tu tak sempat bagi emailnya pada jai, boleh bagi email pada jai... nnti jai invitekan....

CD dah siap

Labels: ,

Assalamualaikum.. apa khabar semua? Jai harap semua sihat dan best kat sekolah masing2. Minta maaf pasal gambar kelas kita, jai x bagi dari kissm lagi. Balik kampung lak sibuk ngan kenduri kawin di rumah dan wedding photographer di beberapa kenduri. Dalam tempoh itu sampailah ke hari ini, Jai duk buat sikit-sikit dan alhamdulillah.. hari ni siap dah CD tu. Semuanya memerlukan 2 keping dvd, satu utk video dan satu lagi utk gambar.

Kandungan CD:
1. DVD 1: video format DVD sepanjang 1jam 9 minit (jai akan cuba buat supaya bleh di play kat tv dvd player). Video ini merangkumi perjalanan pengalaman kita di IPIK dan tidaklah mengandungi kesemua koleksi gambar dan video, yang terpilih ja ada di dalam video ni. Pembikinan video ni mengambil masa yang panjang, dan Jai minta maaf sekali lagi atas segala keterlewatannya.
Ni beberapa snapshots buat tatapan: menu pada dvd format

opening pada video tersebut

2. DVD2: Data-dvd ada gambar2 yang raw punya.. yang ni complete dan boleh dihantar ke kedai gambar untuk dicuci. Juga mengandungi video2 kecik. Asalnya koleksi gambar dan video ni ada 8gig, setelah dibuang yang tak perlu, tinggal 5gig, masa tu kita masih ada kissm lagi. La ni tinggal 4.6gig ja saiz dia.. bila korang semua tengok nanti, mungkin ada kaitan, dan mungkin tiada kaitan, tapi mungkin yang tiada kaitan tu berkaitan dengan orang lain. Jadi jai kena fikir kebarangkalian tersebut.

ps: laptop jai problem masa burn cd/dvd. sbb drive dia buat hal, nak reformat tp tak sempat lagi. jadi nak burn cd/dvd mengambil masa skit sbb kekadang bleh kekadang x leh. jai dah try uninstall dan install semula driver utk dvd drive jai.. tp masalah tetap x selesai. jd sabaq skit ya.. biaq la korang rindu dulu....

ps2: sebarang cadangan adalah dialu-alukan

Jom Masak Pizza - Gambar kenangan di kelas KH

Labels: , , , ,


Doh yang lebih dibuat donut!. Ni paling cepat sold out, sebabnya lambat tunggu pizza masak, bedal yang ni dulu la.. perut dah berbunyi ni..


Ni tauke gerai donut.. tak menang tangan melayan customernya

Aktiviti menguli tepung.


Pakat-pakat uli

Dah siap doh n topping, sedia untuk dimasak!


Ni iron chef, main tunjuk2 ja bagi arahan.. nasib baik chef-chef amatur terrer!



hmm.. Ketua Kelas a.k.a KK merasa pizza yang baru siap dimasak sehingga menjilat jari!!


Membahagi-bahagi untuk dibawa pulang


Bergambar.. antara pemangsa dan mangsa..
Pemangsa = kitaoranglah
mangsa = pizza koranglah!!! hehehehe


Pizza yang baru masak diangkat dan dipindahkan ke jaring. Sedia untuk dimakan atau dibawa pulang


Pizza yang sedang dimasak... satu ketuhar ja yang boleh dipakai.. letih menunggu.. sambil menunggu, sambil makan Pizza. Pizza siapa yang masak dulu, habis kena serbu!!!


Dah boleh buka kedai.. Besok-besok, bila pencen boleh la buat part time! Sekarang pun boleh.. tak payah tunggu pencen.. herga minyak mahal, makanan mahal, kos hidup mahal dah sekarang.

Produk Jahitan

Labels: , , ,


Sempat la mengelik-klik ambil gambar kengkawan bersama-sama ngan produk jahitan masing-masing. Ni ja yang sempat. Yang kengkawan lain x sempat. Topi biru menjadi rebutan pada hari tersebut!!! Siapa yang pakai terus jadi cute!!!

Yang kat bawah ni lak uncang yang jai jahit. Tapak uncang ni bulat dan keras. Untuk lihat gambar step by step the making uncang ni bleh la gi sini: Uncang Bersulam

Gotong-royong bersihkan bilik Kemahiran Hidup

Labels: , ,

Hmm duk tunggu upload gambar2 ni.. agak lambat la.. lagipun, memang sedia maklum kalo siang n weekend mesti internet agak slow... sampai kena beberapa kali cuba.

Ingat lagi tak? ni first time kita kat bilik KH. Kita bergotong-royong bersihkan barang n bilik stor. kita labelkan barang2 dan buat indeks barang. Masa ni lah jai amik teko kaca yang dah nak dibuang / dihapus kira. Sebab Pn. Nik Aida kata kita akan buat ukiran kaca. Jadi teko kaca tu boleh diguna...



Pengiraan stok barang2

Mask of Zass!


Ni pun pakai mask gak... berhabuk beb!


Tengah angkat kotak berat2 sempat lagi kontrol hensem tu!








Geli hati dibuatnya

Labels: ,


ni lah penceria kelas... yang sebelah kiri, sedang ayu bertudung tu..