feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Perhatian!!


atas alasan kekejaman... Kakashi Sensei telah berpindah !!!!
sila berkunjung ke http://chegupk.blogspot.com/

kejohanan olahraga pendidikan khas


30 meter down sindrom




penjaga garisan yang hendsome

















"APA ada dalam beg kakak tu?"

Labels: ,


"APA ada dalam beg kakak tu?"

Belumpun sempat membuka mulut, Khairul Hazim Zainudin, 14, menjawab soalannya sendiri.

"Ada tape recorder (perakam suara) ke?"

Saya hanya tersenyum memandang anak remaja yang memang diketahui kecenderungannya dalam bidang kewartawanan ini. Malah waktu mula menjejakkan kaki ke rumah keluarganya itu, sudah diajaknya saya menilai tulisan tangannya.

Bukan hanya tulisannya yang agak matang itu menarik perhatian tetapi perkataan yang tertera itu yang lebih mencuri minat - senarai agensi syarikat penyiaran luar negara!


Bagi remaja seusia dirinya, itu mungkin bukan bahan bacaan pilihan namun itulah antara ciri unik Khairul Hazim yang gemar mendalami fakta berbentuk pendidikan.

Rata-rata segala fakta yang diingininya diperoleh daripada Internet namun apa yang menarik, menurut ibunya, Hidayati Basri, anak sulungnya itu memang mendengar kata. Jika Khairul Hazim tidak dibenarkan melayari laman web tertentu seperti YouTube, dia tidak akan melakukannya.

Sepanjang berkesempatan berbual dengan anak remaja ini, wajahnya tidak menunjukkan sebarang emosi namun itu antara ciri penghidap sindrom Asperger (autisme bersifat sederhana) yang kurang melahirkan mimik wajah atau bahasa tubuh.

Sepanjang perbualan bersama ibu dan bapanya pula, Khairul Hazim asyik benar dengan Internet serta tidak boleh berenggang dengan kamera hadiah pemberian ibu bapanya kerana kejayaannya dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah tahun lalu itu.

Kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami sindrom berkenaan mempunyai tahap kecerdasan normal tetapi ciri paling ketara adalah kekurangan dari segi interaksi sosial.

Justeru, mereka sukar membina persahabatan yang lazimnya bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak.

Di samping itu, penghidap sindrom terbabit lazimnya payah memahami sesuatu jenaka. Mereka juga kurang memahami bahawa perbualan adalah komunikasi dua hala lantas usah bingung jika mereka kurang mendengar apa yang diperkatakan atau merasai perasaan orang lain.

Bidang penulisan ada kalanya menjadi salah satu kecenderungan penghidap sindrom berkenaan disebabkan komunikasi secara lisan lebih sukar bagi mereka.

Lantas, penulisan menjadi medan untuk mereka meluahkan perasaan, begitu juga dengan bidang muzik yang menjadi perantara untuk penghidap sindrom menggambarkan diri masing-masing.

Ramai tokoh terkenal dunia mengalami sindrom Asperger termasuk bilionair, Bill Gates; Albert Einstein, Isaac Newton serta pencipta kartun Pokémon, Satoshi Tajiri.

Kemahiran sosial yang kurang di kalangan golongan ini boleh dipertingkatkan menerusi pelbagai kaedah.

Antaranya adalah program pemulihan awal menerusi latihan kemahiran sosial yang sangat membantu mereka untuk berinteraksi dengan lebih baik, sekali gus meningkatkan keyakinan mereka.

Antara pertubuhan yang giat melaksanakan pelbagai program berkaitan autisme adalah Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia yang boleh dihubungi di talian 03-40223744 atau layari www.nasom.com.my.

Artikel ini diambil dari Harian Metro.

Buah hati Chekgu Jai?

Labels:

Buah hati Chekgu Jai skang ni..

Sorry lama x update blog.. Jai posting kat sk air merah. kulim awal tahun bulan lepas. Dan jai telah dengar berita, minggu depan jai kena tukar ke sk sri kulim utk buka kelas pendidikan khas di sana.. agak berdebar dan teruja.. jai dan seorang lagi guru akan bawa 6 orang murid dari sk air merah untuk ke sk sri kulim berdasarkan alamat mereka..



Selanjutnya Buah hati Chekgu Jai skang ni..

Autistic Kid Plays High School Basketball

Labels: ,



After years of fetching water, he finally got chance to play

Beberapa hasil kerja Jai

Labels:


Beberapa hasil kerja Jai telah di uploadkan di blog hobi Jai yang berkenaan wedding photography, design dll. Boleh la kengkawan menjenguk di http://videl-design.blogspot.com/.

CD dah siap

Labels: ,

Assalamualaikum.. apa khabar semua? Jai harap semua sihat dan best kat sekolah masing2. Minta maaf pasal gambar kelas kita, jai x bagi dari kissm lagi. Balik kampung lak sibuk ngan kenduri kawin di rumah dan wedding photographer di beberapa kenduri. Dalam tempoh itu sampailah ke hari ini, Jai duk buat sikit-sikit dan alhamdulillah.. hari ni siap dah CD tu. Semuanya memerlukan 2 keping dvd, satu utk video dan satu lagi utk gambar.

Kandungan CD:
1. DVD 1: video format DVD sepanjang 1jam 9 minit (jai akan cuba buat supaya bleh di play kat tv dvd player). Video ini merangkumi perjalanan pengalaman kita di IPIK dan tidaklah mengandungi kesemua koleksi gambar dan video, yang terpilih ja ada di dalam video ni. Pembikinan video ni mengambil masa yang panjang, dan Jai minta maaf sekali lagi atas segala keterlewatannya.
Ni beberapa snapshots buat tatapan: menu pada dvd format

opening pada video tersebut

2. DVD2: Data-dvd ada gambar2 yang raw punya.. yang ni complete dan boleh dihantar ke kedai gambar untuk dicuci. Juga mengandungi video2 kecik. Asalnya koleksi gambar dan video ni ada 8gig, setelah dibuang yang tak perlu, tinggal 5gig, masa tu kita masih ada kissm lagi. La ni tinggal 4.6gig ja saiz dia.. bila korang semua tengok nanti, mungkin ada kaitan, dan mungkin tiada kaitan, tapi mungkin yang tiada kaitan tu berkaitan dengan orang lain. Jadi jai kena fikir kebarangkalian tersebut.

ps: laptop jai problem masa burn cd/dvd. sbb drive dia buat hal, nak reformat tp tak sempat lagi. jadi nak burn cd/dvd mengambil masa skit sbb kekadang bleh kekadang x leh. jai dah try uninstall dan install semula driver utk dvd drive jai.. tp masalah tetap x selesai. jd sabaq skit ya.. biaq la korang rindu dulu....

ps2: sebarang cadangan adalah dialu-alukan