mari mari sape nak beli kueh siput
Assalamualaikum kawan-kawan,
macam mane puasa? jangan tak puasa pulak nanti tak boleh raya.
sebut pasal raya kuih raya dah beli ke?
jangan risau aku ada jual kuih raya tapi kuih siput je lah wife aku wat jual.

Saturday, September 06, 2008 | 0 Comments
Cara ransang anak belajar

Pakar perkembangan bayi percaya tahun pertama ke hidupan bayi tempoh utama berlakunya proses pembe lajaran.
Tidak perlu muzik klasik, alat pembelajaran bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah individu di sekeliling si kecil itu.
Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama antara interaksi harian yang lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar memikirkan cara baru merangsang anak kecil (terutama sekali apabila si ibu atau bapa tidak tidur malam kerana meredakan tangisannya).
Berikut antara aktiviti menarik (berdasarkan sains) yang disarankan:
1. Bertentang mata. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah pada awal usia malah setiap kali dia merenung individu di hadapannya, dia sedang membina memorinya.
2. Bercakap-cakap dengannya. Walaupun reaksi yang di berikan rupa keliru dan hairan, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. La ma-kelamaan, dia akan dapat menangkap rentak perbualan dan mengisi ruang kosong yang dibiarkan senyap itu.
3. Jika boleh, beri susu badan dan lakukan selama mana yang anda boleh. Berdasarkan fakta, kanak-kanak yang diberi susu badan mempunyai tahap kecerdasan tinggi.
Tambahan pula, susuan badan dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.
4. Jelirkan lidah. Kajian menunjukkan bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah pada awal usia.
5. Hasilkan buku binatang. Sekiranya melawat taman haiwan atau zoo, ambillah gambar haiwan kesukaannya untuk di jadikan album.
Kemudian, baca buku itu bersama si kecil sambil me namakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi dan cerita haiwan.
6. Geletek si bayi pada keseluruhan tubuhnya. Ketawa langkah pertama dalam perkembangan humor bayi. Per mainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak menjangka apa yang bakal berlaku.
7. Tunjukkan perbezaan. Pegang dua keping gambar be berapa meter dari muka si kecil. Gambar itu seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin satu ada pokok dan satu lagi tiada).
Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.
8. Berkongsi pandangan. Bawa bayi berjalan-jalan dan beritahu semua perkara yang dilihat padanya. Cara itu boleh menyediakan bayi dengan sebanyak mungkin perbenda haraan kata.
9. Nyanyikan lagu untuknya. Kajian menunjukkan mem pelajari ritma muzik ada kaitan dengan pembelajaran ma tematik.
10. Gunakan masa menukar lampin sepenuhnya. Gunakan waktu itu untuk mengajar bahagian badan atau pakaian.
11. Beri kata kunci. Jika anda berkata; “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, si kecil itu diajar sebab dan akibat sesuatu perkara.
12. Beri kejutan. Sesekali, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan sambil melihat reaksinya.
13. Sediakan banyak tisu. Jika bayi suka bermain dengan tisu, biarkan. Dengan hanya beberapa sen, ia boleh dijadikan alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil pada bawah tisu dan biarkan dia mencari.
14. Baca buku berulang kali. Saintis mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan serta mem bantunya mempelajari bahasa.
15. Main sorok-sorok yang boleh membuatkannya ketawa. Bayi belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kem bali.
16. Main dengan warna. Pilih satu warna dan suruh si bayi cari objek lain yang sama warna sewaktu berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh dia memilih warna untuk anda pula mencarinya.
17. Biarkan dia bermain dengan makanannya. Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur berbeza termasuk kacang pis dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.
18. Jangan lupa rehat. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk atas lantai bersama bayi tanpa muzik, cahaya terang serta mainan. Biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.
Monday, September 01, 2008 | 0 Comments
Perutusan khas sempena Ramadan al-mubarak
Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.
Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.
“Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah).” (maksud al Baqarah: 185)
Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.
Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.
Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.
Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain.
Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.
Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Ramadan Kareem” kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat. - mks.
Saturday, August 30, 2008 | 0 Comments
Lahirnya Bendera Persekutuan Tanah Melayu


Dari arkib yang ada, terdapat dokumen yang ditandatangani oleh seorang yang bernama Mohamed bin Hamzah yang ditujukan kepada ‘Clerk of Councils’ , The Council Chamber, Kuala Lumpur, mengusulkan rancangan design bendera Persekutuan Tanah Melayu. Salinan contoh design usulan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ini juga ditemukan dari koleksi dokumen Jabatan Kerja Raya, Johor yang ditandatangani oleh Allahyarham Mohamed bin Hamzah. Tandatangan yang terdapat di dalam surat di atas dan tandatangan pada design bendera adalah sama.
Setelah resmi sebagai bendera negara, Bendera Malaysia ini diberi sebutan khusus ‘Jalur Gemilang‘, yang amat sesuai untuk diabadikan oleh rakyat Malaysia. Pemilihan Jalur Gemilang telah diputuskan oleh Jemaah Menteri Malaysia melalui Musyawarah Kabinet tahun 1997. Pengumuman nama Bendera Malaysia Jalur Gemilang telah diadakan pada 31 Ogos 1997, pukul 11.58 malam oleh Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia di Dataran Merdeka.
Lambang jalur pada bendera menggambarkan satu jalan yang lurus, tujuan yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini.
Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh itu Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengarungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan martabat negara.
Warna merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cobaan. Warna putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan,
warna biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai sedangkan warna kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara.
“Sesungguhnya Penghayatan Ke atas Jalur Gemilang, Lambang Kesamarataan, Perpaduan dan Kedaulatan Malaysia Menjadi Pemangkin Kesempurnaan Cita-Cita Untuk Terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang”
Saturday, August 30, 2008 | 0 Comments
Aspirasi: Bahtera merdeka satu pelayaran

Sayangnya, bagi generasi baru hari ini, agak sukar menggambarkan gembiranya rakyat negara pada saat-saat menunggu ketibaan 31 Ogos 1957. Kegembiraan rakyat sebenarnya bermula apabila wujud kerjasama menerusi Perikatan antara Umno, MCA dan MIC bagi merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan membolehkan beberapa rombongan dihantar ke London untuk berunding.
Pada Januari 1956, satu rombongan diketuai Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan empat wakil Raja Melayu serta empat wakil Perikatan pergi ke London untuk berunding dengan British. Pada 8 Februari 1956, kerajaan Inggeris bersetuju memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu menerusi Perjanjian London.
Mengikut perjanjian, kerajaan Persekutuan terpaksa menerima beberapa syarat ditetapkan British. Bagi mana-mana negara merdeka, perkara yang menjadi keutamaan ialah soal undang-undang negara. Bagi menggubal Perlembagaan Persekutuan sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, Suruhanjaya Reid ditubuhkan dipengerusikan Lord Reid dan dianggotai Sir Ivor Jennings (United Kingdom), Sir William Mc Kell (Australia), B Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).
Isu penting dibincangkan sebagai sebahagian daripada Perlembagaan Negara ialah mengenai kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan orang Melayu. Orang Melayu menerusi Umno pula menerima taraf kerakyatan kepada orang asing menerusi prinsip Jus Soli (pemberian taraf kerakyatan secara automatik mengikut tempat lahir). Masyarakat Cina menerusi MCA dan India menerusi MIC, menerima status hak keistimewaan orang Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Sejarah sudah pun berlalu. Kesannya, negara sudah merdeka dan ditadbir sendiri rakyat tempatan. Allahyarham Tunku Abdul Rahman memikul tanggungjawab ini untuk menentukan arah haluan negara sebagai Perdana Menteri pertama. Sudah tentulah cabaran yang terpaksa dihadapinya amat besar. Beliau terpaksa berdepan dengan golongan pro-British, terutama mereka yang mendapat faedah daripada pemerintahan kerajaan British. Ini tugas amat berat kerana hingga hari ini pun pemikiran penjajah masih wujud.
Selain itu, beliau perlu mengubah pemikiran rakyat supaya memahami erti kemerdekaan seterusnya memajukan diri sebagai bangsa merdeka. Dari segi politik pula, beliau berdepan dengan pertentangan terhadap sistem dan dasar serta peraturan termaktub dalam Perlembagaan negara.
Contohnya, Kesatuan Perdagangan Cina Persekutuan Tanah Melayu menentang ‘Hak Istimewa Orang Melayu’. Segala-galanya terpaksa dihadapi dengan berhati-hati kerana bagi sebuah negara merdeka yang masih muda ketika itu, segala-galanya dianggap sebagai ujian. Tambahan pula, apa juga tindakan dan keputusan kerajaan, diperhatikan kuasa asing, terutama negara bekas penjajah.
Sebagai Perdana Menteri, Allahyarham Tunku Abdul Rahman juga adalah Presiden Umno, tradisi yang diteruskan hingga kini. Sebagai Perdana Menteri, beliau terpaksa bersikap adil kepada rakyat, yang membolehkan beliau menubuhkan parti Perikatan. manakala sebagai pemimpin parti Melayu, beliau perlu berjuang untuk memastikan apa juga keistimewaan dan hak orang Melayu terpelihara.
Sikap dan dasar beliau dalam soal merapatkan jurang perkauman diteruskan sekarang. Dalam tempoh 13 tahun sebagai Perdana Menteri (1957-1970), amat sukar bagi Allahyarham Tunku Abdul Rahman untuk memenuhi segala tuntutan rakyat yang datangnya dari pelbagai sudut. Pada peringkat awal kemerdekaan, negara menghadapi ancaman komunis. Hingga ke satu peringkat, Allahyarham Tunku Abdul Rahman sendiri berunding dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.
Dengan bantuan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein sebagai timbalannya, banyak perkara dapat dilaksana. Dari segi pendidikan, Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Abdul Razak tidak pernah bertolak ansur dalam memberi didikan kepada anak bangsa. Malah, ia menjadi tugas keutamaan. Banyak sekolah dibuka bagi memastikan kemerdekaan turut memberi peluang mendidik anak bangsa dan membolehkan mereka menuntut ke peringkat paling tinggi, sama ada di Universiti Malaya atau di luar negara dalam bidang yang boleh menyumbang kepada erti kemerdekaan kepada negara.
Berikutan Peristiwa 13 Mei 1969, Allahyarham Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan dan Allahyarham Tun Abdul Razak mengambil alih pentadbiran kerajaan. Sebelum itu, Allahyarham Tun Abdul Razak adalah Pengarah Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang ditubuhkan ketika darurat berikutan peristiwa berdarah itu.
Ketika pentadbiran Allahyarham Tun Abdul Razak, semangat Perikatan diperluas kepada parti lain di Semenanjung, Sabah dan Sarawak menerusi Barisan Nasional (BN). Pas juga pernah menganggotai BN. Bagi meneruskan tugasnya sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak mula memikirkan soal kemakmuran dan ekonomi. Walaupun ketika mengambil alih pentadbiran negara, masih terlalu banyak tugas terpaksa dilakukan serentak, beliau menyelesaikannya satu demi satu dengan teratur.
Beliau adalah orang yang bertanggungjawab membuka tanah rancangan untuk pertanian. Felda adalah ilham Allahyarham Tun Abdul Razak yang diikuti dengan Felcra, Risda dan pelbagai tanah rancangan lain. Satu dasarnya yang kontroversial, tetapi diterima sebagai satu dasar komprehensif ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang terus diperkatakan sehingga hari ini.
Pada masa pentadbirannya jugalah Petronas yang menjadi sebuah syarikat terkemuka di dunia. Ketika pentadbiran beliau jugalah, hubungan diplomatik dengan China diwujudkan, di samping negara lain yang menjadi sahabat kepada Malaysia hingga ke hari ini, terutama di rantau Asia. Allahyarham Tun Razak mungkin mempunyai pandangan berbeza ketika itu kerana beliau sedar pentingnya hubungan negara dengan China dalam konteks perniagaan dan politik negara.
Tanggapan Allahyarham Tun Abdul Razak amat tepat sekali kerana China kini muncul sebagai sebuah kuasa dunia dan digeruni oleh kuasa dunia yang lain. Allahyarham Tun Abdul Razak meninggal dunia di London pada 14 Januari 1976 akibat leukemia. Beliau diganti Allahyarham Tun Hussein Onn. Ketika menjadi timbalan kepada Allahyarham Tun Abdul Razak, beliau banyak membantu mentadbirkan negara. Apabila mengambil alih pentadbiran, beliau memberi tumpuan kepada soal perpaduan yang ketika itu masih rapuh. Allahyarham Tun Hussein boleh melakukannya kerana pembangunan diperlukan rakyat pada ketika itu sudah disusun dengan baik dan berjalan dengan lancar.
Dengan beranggapan bahawa pembangunan akan membawa kepada kehancuran jika tidak wujud perpaduan kaum, Allahyarham Tun Hussein mengambil masa agak lama untuk memberi tumpuan tugasnya kepada perpaduan rakyat agar terus wujud di negara ini. Apabila Allahyarham Tun Hussein meletakkan jawatan atas sebab kesihatan, tampuk pentadbiran negara diambil alih Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1981.
Apabila menjawat jawatan nombor satu pentadbiran negara itu, Dr Mahathir melakukan beberapa perubahan radikal. Bertepatan dengan era perindustrian ketika itu, Dr Mahathir bergerak mengikut zaman dan menggalakkan negara membabitkan diri dalam projek perindustrian hinggalah kepada pembinaan kilang kereta nasional, di samping membawa masuk pelabur dari serata dunia untuk menanam modal di negara ini. Dengan suasana ekonomi menggalakkan, beliau berjaya membangunkan negara dengan menyediakan pelbagai kemudahan dan kelengkapan untuk memudahkan negara bergerak lebih pantas termasuklah kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Cyberjaya.
Selepas Dr Mahathir meletakkan jawatan, tempat beliau diambil alih Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dianggap tokoh yang mampu mengimbangi antara kemajuan fizikal dan rohani masyarakat. Dengan semangat untuk meneruskan pembangunan negara menerusi pelbagai projek ekonomi pembangunan wilayah, Abdullah memberi penekanan kepada soal pembangunan modal insan.
Beliau mempunyai pandangan jauh mengenai kepentingan modal insan kerana tanpanya, jentera negara akan pincang apabila rakyat tidak mempunyai keperibadian tinggi.
Segala-gala yang dilakukan empat perdana menteri terdahulu dan Abdullah hari ini adalah saling lengkap-melengkapi ke arah usaha mengisi kemerdekaan negara.
-Datuk Dr Mohd Radzi Abdul Latif adalah Presiden Yayasan Kajian dan Strategi Melayu (YKSM)
Saturday, August 30, 2008 | 0 Comments
Re: Aku Terima Nikahnya..
salamunalaik..
Maaf ye, gambar di bawah tu adalah hiasan semata-mata. Tujuan penulis post entry di bawah adalah untuk suka-suka sahaja, tidak berniat untuk menyinggung atau mengguris hati mana-mana pihak.Penulis merasakan blog ini mulai suram sejak akhir-akhir ini. Mungkin disebabkab kekangan masa yang tidak mengizinkan sahabat-sahabat sekalian untuk memenuhinya...oleh itu penulis sebenarnya
ni nama pengantin yang sebenar..
Tajuk ini dipilih adalah semata-mata untuk berkongsi pengalaman penulis mengenai buku terbaru yang penulis sempat habis baca sepanjang cuti sekolah yang lalu. Buku ini penulis belinya di sebuah kedai buku di sekitar Puduraya ketika hendak pulang ke kampung baru-baru ini.

Diolah dalam
Dapatlanlah buku ini dipasaran, moga bermanfaat untuk semua..
Wassalam.
Tuesday, August 26, 2008 | 2 Comments


