feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Pendidikan seks diajar berasingan mulai tahun depan

06/12/2010 3:09pm

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Pendidikan seksualiti yang diajar secara menumpang mata pelajaran lain sebelum ini akan diajar secara berasingan mulai tahun depan dengan mengekalkan penggunaan istilah Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (Peers).

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, melalui pelaksanaan di bawah transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) itu, kementerian tersebut menetapkan subjek tersebut diajar selama 40 minit, dua kali sebulan di sekolah menengah dan 30 minit setiap minggu di sekolah rendah.

"Peers sebenarnya telah dilaksanakan sejak 1989 di sekolah menengah dan 1994 di sekolah rendah, cuma di sekolah rendah ia menumpang merentasi kurikulum di bawah Pendidikan Jasmani.

"Bermula tahun 2011 di bawah transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah, kementerian memutuskan Pendidikan Kesihatan yang ada di dalamnya Peers akan diajar secara berasingan sebagai satu mata pelajaran yang tidak lagi bercantum dengan mana-mana mata pelajaran lain,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Hadir sama di sidang media itu ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Julaihi Bujang.

Beliau berkata, antara skop yang akan dimasukkan bagi murid tahap satu ialah perbezaan aspek fizikal lelaki dan perempuan, tanggungjawab menjaga kebersihan diri, kemahiran berkata tidak kepada sentuhan yang tidak selamat, kepentingan memelihara kehormatan diri serta pengurusan perasaan.

Bagi tahap dua yang membabitkan murid tahun empat, lima dan enam, skopnya ialah bagaimana mengurus konflik, perubahan fizikal, akil baligh, sistem reproduktif, kemahiran memelihara kehormatan diri, risiko hubungan seks sebelum nikah, jangkitan penyakit seksual dan kemahiran berkata tidak kepada rokok, alkohol dan dadah.

Mohd Fuad berkata, bagi pelajar sekolah menengah di peringkat rendah pula, mereka akan didedahkan mengenai kecekapan psiko-sosial atau lifeskill menangani situasi berisiko, pengurusan tekanan, jangkitan penyakit seksual, perkembangan sifat seksual sekunder, identiti dan orientasi seksual, perhubungan dan kesan buruk alkohol, rokok dan dadah.

"Manakala di peringkat menengah atas, skopnya ialah kemahiran kecekapan psiko-sosial, kestabilan emosi dan mental, kehamilan remaja, kekeluargaan, jangkitan penyakit seksual, langkah pengawalan dan pencegahan rokok dan dadah,” katanya. - Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm

Group K1.20 di Facebook

Labels: , ,



Salam semua...
Sebelum tu, Jai nak minta maaf sebab dah lama x update apa2 yang baru dalam blog ni... sebenarnya Jai sendiri tak dapat log in sebab akaun gmail Jai di hack oleh orang yang jahat... tapi, akhirnya Jai berjaya mendapat kembali akaun Jai,...

Berita baik buat mereka yang selalu online di Facebook.. Jai dah create group kita dalam Facebook... jadi boleh la kita keep in touch di sana,...

Bagi yang belum mendaftar, sila daftar kan diri anda di Facebook.

Bagi yang sudah mempunyai akaun, bleh ke link group kita di sini: K1.20 PKLI IPIK 2008.

Jom arr join bagi meriah! Jumpa di sana...

Yang blog sini lak, insyaAllah jai cuba update kan ... tp jangan la harapkan Jai sorang ek... korang pun dilantik menjadi penulis bersama... jadi jom arr sama2 menulis di blog kita....

Sesiapa yang nak jadi penulis bersama di blog ni, tapi hari tu tak sempat bagi emailnya pada jai, boleh bagi email pada jai... nnti jai invitekan....

Kad Raya Online

Labels:

Khas buat Ayahanda, Semua pensyarah IPIK (bagi sesi KPLI 2008), Rakan seperjuangan di Kelas K1.20, dan Rakan2 di kelas lain yang mengenali Jai, rakan yang mengenali jai semasa di SKPK Alor Star, Intel (M) Sdn. Bhd., Slg/icta, Universiti Sains Malaysia/2003 (School of Management dan School of Computer Science), Desasiswa Cahaya Permai, Sekolah Menengah Sultanah Asma (Guru dan Rakan), Sek, Keb. Dato' Wan Mohd Saman (Guru dan Rakan)..

dan tak dilupa, guru-guru di SK. Bukit Raya, SK. Air Merah dan SK. Sri Kulim,


* Sila klik gambar untuk saiz besar


Kepada semua rakan, sahabat, dan yang mengenali diri ini,
sempena bulan yang penuh keberkatan ini,
Kususun sepuluh jari,
Andai ada kesilapan diri,
Yang mungkin kekadang ku tak sedari,
Salam Aidilfitri...

......Jai.....

Perakam peristiwa bertauliah

assalamualaikum & salam 1 malaysia semua,

maaf kerana lama x post bahan dlm blog ini. sibuk sket sejak jadi perakam peristiwa yang x bertauliah, tetap & berpencen nie. byk kerja yang nak kene wat amik gambar, edit gambar dan mcm2 lg.

harap semua sihat, puasa jangan x puasa

selamat hari kemerdekaan & selamat berpuasa

sekian



Pengumuman Baru Oleh PM – ELAUN SARA HIDUP

Salam sejahtera..

Dah baca surat khabar hari ini? Kalau belum, tak perlu baca sebab saya nak cerita isi kandungan surat khabar tersebut..

Tuntut jangan tak tuntut..

PENGUMUMAN BARU OLEH PM

(ELAUN SARA HIDUP)

PEKELILING 11 – Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyakRM500.00 sebulan berkuatkuasa Ogos 2009 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang.

Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat…

Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am.

Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-

1. Surat Perlantikan Kerja – Original
2. Surat Pengesahan Kerja- Original
3. Surat Akuan Majikan – (tempat terakhir masih bertugas)

dan…

/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/

80 penutup botol Coca-Cola…….. Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola!

Haaaahahaha! !!! Dah!

Pergi sambung kerja…. kalau pasal duit semua mata besar belaka ekk…..

Sekian,

PAHLAWAN SYIRIK?

Salam 2 all.

Hari ini Jumaat 09 Sya'ban 1430 bersamaan 31 Julai 2009. Menjadi tradisi dinegara ini meraikan Hari Pahlawan pada 31 Julai setiap tahun.

Bagaimanapun, sangatlah mendukacitakan kerana hari yang penuh dengan makna bagi para anggota keselamatan kita dicemari dengan perbuatan mensyirikkan ALLAH!

Pagi Jumaat yang mulia ini kita menyaksikan bagaimana sambutan itu dimulakan dengan upacara bertafakkur di hadapan Tugu Negara.

Acara dimulakan dihadapan Tugu Peringatan iaitu monumen tiang yang dipenuhi dengan nama para anggota keselamatan yang telah terbunuh dalam tugas keselamatan. Disitu Perdana Menteri akan berdiri menerima tabik hormat daripada perbarisan anggota dan pegawai kanan Polis DiRaja Malaysia, yang kebanyakkannya, kalau bukan semua pun adalah beragama Islam.

Kemudian Perdana Menteri bersama dengan Ketua Polis Negara berserta Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Udara dan Panglima Tentera Laut akan berdiri bertafakkur dihadapan Tugu Negara, dituruti oleh semua hadirin yang ada termasuk anggota pasukan keselamatan yang berbaris sejak subuh tadi.

Tugu Negara ini adalah terdiri daripada beberapa buah patung yang besar dengan figurin tubuh manusia yang lengkap. Walaupun pernah dibom pada tahun 1976, namun ianya telah diperbaiki dan dipercantikkan semula. Tugu yang pernah menjadi patung manusia terbesar yang pernah dibuat ini diilhamkan oleh YAM Tunku Abdul Rahman, yang juga telah mengilhamkan pembinaan patung beliau sendiri yang kini megah bersemadi dihadapan Bangunan Parlimen Malaysia.

Majlis tafakkur dihadapan Tugu Negara ini akan diiringi dengan tiupan muzik "Last Post". Kemudian diikuti oleh bacaan sajak yang diiringi oleh alunan muzik yang mendayu.

Majlis Fatwa Kebangsaan dalam muzakarah Kali ke-19 pada 06-07 Oktober 1987 telah memfatwakan perbuatan bertafakkur dihadapan Tugu Negara ini sebagai perbuatan syirik dan mesti dihentikan serta merta. Saya sendiri telah membangkitkan isu ini pada sidang Parlimen 29.06.2009, dimana Menteri Bahagian Agama Islam JPM menjawab bahawa Kerajaan menyedari berkenaan fatwa tersebut.

Apa yang mengejutkan saya ialah setelah hampir 22 tahun fatwa tersebut diputuskan, sehingga hari ini majlis syirik ini masih diamalkan. Mengapa tidak diambil tindakan segera membenteras gejala syirik ini. Kalau Al Arqam diisytihar sesat kerana mengagungkan Syeikh Suhaimi, kalau Ayah Pin dkatakan sesat kerana kerajaan langit serta teko dan kole besarnya, maka bagaimana pula dengan bertafakkur dihadapan Tugu Negara yang telah difatwakan dengan sarih dan jelas sebagai syirik!

Dan yang lebih menyedihkan, bagaimana Kerajaan boleh justifikasikan perbuatan syirik ini dengan berselinding disebalik malam bacaan Yaasin untuk memperingati Hari Pahlawan! Apakah bacaan Yaasin itu boleh meluputkan dosa syirik yang dilakukan, sedangkan ALLAH dengan jelas menyebut bahawa Dia mengampuni semua dosa lain kecuali syirik!

Berapa ribu anggota keselamatan kita yang beragama Islam terpaksa bergelumang dengan dosa syirik gara-gara sikap kerajaan yang tidak bertanggungjawab ini.

Kasihanilah anggota keselamatan kita. Mereka menggadai nyawa untuk membebaskan dan memerdekakan kita daripada penjajahan politik, tidak kah boleh kita membalas jasa mereka dengan membebaskan dan memerdekakan mereka daripada penjajahan aqidah ini.

Semoga ALLAH mengampuni kita semua dan memberikan kita petunjuk dan hidayahNya.

Selamat Hari Pahlawan.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
09 Sya'ban 1430
31 Julai 2009

Payahnya Malaikat Meminta Tanah Dari Bumi

Payahnya Malaikat Meminta Tanah Dari Bumi