feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Sokong Cadangan Kementerian Pelajaran!

Hah! Inilah yang sebenarnya yang perlu diberikan perhatian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjamin kebajikan guru terpelihara seperti isu guru dipukul, disaman dan ditukarkan ke tempat lain atas alasan yang tidak munasabah.

Kebetulan, beberapa hari yang lalu saya mengulas mengenai perkara ini kerana Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail ada membuat kenyataan berkaitan bahawa kemungkinan negara kita akan menyambut Sambutan Haru Guru dua kali setahun.

Datuk Razali dalam kenyataan terbarunya menyebut bahawa campur tangan pihak lain terutama ibu bapa dalam soal pendidikan di sekolah boleh melemahkan semangat guru untuk mendidik pelajar. Akibat daripada itu, guru akan mengajar secara sambil lewa kerana bimbangkan keselamatan diri dan ini pasti memberi kesan yang negatif kepada pelajar.

Syabas Datuk Razali!

NUTP diminta kumpul data kes guru teraniaya - Utusan Online

08/10/2008 12:56pm

KUALA TERENGGANU 8 Okt. — Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) akan diminta mengumpul data dan maklumat mengenai kes penganiayaan terhadap guru-guru yang berlaku di negara ini.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail berkata pengumpulan data berkenaan bagi membolehkan Kementerian Pelajaran mencari kaedah terbaik untuk menangani isu seperti guru dipukul, disaman dan ditukarkan ke tempat lain atas alasan yang tidak munasabah.

“Perkara ini akan kita kemukakan kepada NUTP dalam jangka masa terdekat.

Kita mahu isu-isu penganiayaan terhadap guru-guru seperti yang sering dilaporkan oleh media massa sebelum ini diatasi dengan kaedah terbaik,” katanya.

Beliau yang ditemui selepas menghadiri majlis movitasi dengan pelajar di Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malik, di sini hari ini berkata campur tangan pihak lain terutama ibu bapa dalam soal pendidikan di sekolah boleh melemahkan semangat guru untuk mendidik pelajar.

Razali berkata akibat daripada itu, guru akan mengajar secara sambil lewa kerana bimbangkan keselamatan diri dan ini pasti memberi kesan yang negatif kepada pelajar.

— BERNAMA

0 comments:

Post a Comment